KEJAM !! Bunuh 150 Muslim Ketika Berpuasa Di Masjid

KEJAM !! Bunuh 150 Muslim Ketika Berpuasa Di Masjid

Puak militan di Boko Haram telah bertindak kejam apabila melepaskan tembakan ketika umat Islam menunaikan solat maghrib sebaik sahaja berbuka puasa di sebuah masjid di Nigeria. Berikutan daripada kekejaman itu, hampir 150 nyawa melayang yang melibatkan golongan lelaki yang berada di masjid juga kanak-kanak serta kaum wanita di rumah mereka.

Berpuluh-puluh anggota militan kumpulan itu menyerang dan membakar rumah penduduk di tiga perkampungan terpencil di negeri bergolak Borno.

Gambar Bunuh 150 Muslim Ketika Berpuasa Di Masjid

Kumpulan bersenjata itu turut menembak mati kira-kira 77 orang di Kampung Kukawa iaitu lokasi yang paling teruk diserang dan lima kanak-kanak turut terkorban.

Seorang saksi dikenali sebagai Alhaji Kolo menyatakan lebih 50 militan terlibat dalam serangan itu apabila mereka mensasarkan beberapa masjid ketika penduduk sedang menunaikan solat Maghrib sejurus berbuka puasa.

“Mereka melepaskan tembakan secara rambang ke arah jemaah masjid yang kebanyakannya jemaah lelaki dan kanak-kanak. Lebih mengerikan apabila mereka membakar hampir semua mayat mangsa,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih