‘Keep The Change’ Memang Budaya Kita Kata Tun M

‘Keep The Change’ Memang Budaya Kita Kata Tun M

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan nada sinis menyindir tindakan Majlis Amanah Raya (Mara) yang membayar lebihan RM13.8 juta dalam urus niaga hartanah di Melbourne, Australia.

Beliau juga menyifatkan tindakan itu sebagai budaya Malaysia yang sangat bermurah hati dan sanggup membayar lebih dalam setiap urus niaga.

“Yang itu kita punya budaya, bila kita beli apa-apa pun, kita lebih murah hati, kita bayar lebih banyak, jadi tak ada lain, biasa macam itu.

“Saya pun macam tu, bila saya pergi kedai beli barang, saya bagi duit RM10, keep the change,” katanya dalam satu majlis berbuka puasa, di ibu negara, semalam.

Terdahulu, akhbar Australia, The Age mendedahkan anak syarikat Mara, Mara Inc membida harga lebih tinggi bagi memiliki blok apartmen Dudley International House AS$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta).

Pembelian hartanah itu yang jauh lebih tinggi dari harga pasaran didakwa dijadikan sebagai rasuah dalam urus niaga tersebut.

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa pada satu sidang media pada Rabu menjelaskan, keputusan urus niaga itu dibuat pada Mac 2013 dan mengakui pembelian pangsapuri itu jauh lebih tinggi berbanding harga asal yang ditawarkan.

Siasatan kini sedang dijalankan membabitkan perkara itu. lapor Sinar Harian.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!