Kecoh di Stadium Shah Alam, Laungan ‘Mana Tiket Kami’ Bergema

Kecoh di Stadium Shah Alam, Laungan ‘Mana Tiket Kami’ Bergema – SHAH ALAM – Kecoh! Demikian suasana di hadapan Stadium Shah Alam apabila sebahagian peminat bola sepak merempuh pagar pengadang apabila hanya beberapa kaunter dibuka untuk penjualan tiket, pagi tadi.

Rata-rata mereka tidak berpuas hati lalu merempuh pagar pengadang  di bahagian kaunter A.

Menurut mereka, keadaan ini disebabkan ‘janji’ pengurusan yang mahu membuka 20 kaunter namun perkara itu tidak berlaku.

Kecoh di Stadium Shah Alam, Laungan ‘Mana Tiket Kami’ Bergema

“Mana tiket, kami tunggu dari jam 6 pagi tadi lagi,” jerit peminat yang mahu membeli tiket perlawanan Final bola sepak antara Malaysia dan Thailand di sini hari ini.

Kecoh di Stadium Shah Alam, Laungan 'Mana Tiket Kami' Bergema

Kaunter jualan dibuka awal walaupun mengikut jadual ia dibuka pada jam 11 pagi.

Keadaan hanya terkawal dua jam sahaja.

Selepas itu, peminat mula hilang sabar apabila  sebahagian kaunter ditutup.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih