Kebakaran Gunung Lokon Sukar Dikawal

Kebakaran Gunung Lokon Sukar Dikawal

Tomohon (Indonesia): Pihak berkuasa Indonesia masih berusaha memadamkan kebakaran hutan di Gunung Berapi Lokon yang terbakar sejak Rabu lalu.
Sehingga kelmarin, kebakaran di kawasan itu memusnahkan lebih 100 hektar hutan.

Kebakaran dipercayai berpunca dari ladang milik penduduk di kaki gunung itu sebelum merebak sehingga ke puncak.

Api yang terbentuk di gunung itu sangat besar dan boleh dilihat dari jauh serta mengeluarkan asap tebal.

Gunung Lokon masih aktif dan diletakkan pada status berjaga-jaga yang bermakna letusan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Sehingga kini beratus-ratus anggota pemadam api termasuk askar Indonesia dan aktivis alam sekitar membantu memadamkan api di gunung itu.

Kawasan kaki gunung itu sebelum ini sering terbakar terutama ketika musim kemarau tetapi bencana kali ini dianggap paling buruk.

Bunyi pokok dan rumput kering yang terbakar boleh didengar sejauh lima kilometer. – Agensi

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih