Kata-Kata Ulamak Saudi Sheikh Saad Al Hajari Ini Pasti Membuat Ramai Wanita Yang SENTAP !!

Ulama Saudi Sheikh Saad Al Hajari

Kata-Kata Ulamak Saudi Sheikh Saad Al Hajari Ini Pasti Membuat Ramai Wanita Yang SENTAP !! – Sheikh Saad Al Hajari, ketua fatwa agama Wilayah AssirPETALING JAYA: Seorang ulama Arab Saudi, Sheikh Saad Al Hajari berkata wanita tidak boleh dibenarkan memandu kerana “kekuatan otaknya hanya suku” berbanding lelaki.

“Wanita tidak sama dengan lelaki dari segi kekuatan otak dan begitulah bagaimana wanita diciptakan,” katanya memetik laporan Stepfeed.

Kata-Kata Ulamak Saudi Sheikh Saad Al Hajari Ini Pasti Membuat Ramai Wanita Yang SENTAP !!

Ketua fatwa agama Wilayah Assir itu dilaporkan membuat kenyataan itu dalam suatu ceramah, yang tular sejak Rabu.

Menurut laporan itu, Saad menjelaskan kekuatan otak wanita hanya separuh daripada otak lelaki, dan apabila wanita itu pergi membeli-belah kekuatan otak mereka menjadi suku.

Oleh kerana kekuatan otak wanita tidak menyamai kekuatan otak lelaki, Saad berkata pihak berkuasa Arab Saudi tidak patut membenarkan mereka memandu.
“Jika seorang lelaki hanya mempunyai separuh kekuatan otak, adakah pihak berkuasa akan memberikan lesen kepadanya? Tidak.”
Kenyataan Saad itu muncul di saat rakyat Arab Saudi hangat memperkatakan mengenai hak wanita di negara itu.

Mei lalu, Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz Al-Saud mengeluarkan dekri melonggarkan peraturan dan peluang pekerjaan untuk wanita.
Dekri itu mencetuskan perdebatan mengenai peraturan melarang wanita memandu kereta yang dilaksanakan selama ini.

Di Arab Saudi, tiada undang-undang rasmi melarang wanita memandu, bagaimanapun kerajaan belum mengeluarkan lesen memandu kepada wanita.
Kenyataan Saad mencetuskan kemarahan warga Arab Saudi di Twitter.

Seorang pengguna menulis: “Masalah sebenar adalah ada beberapa ulama menerangkan dan menafsirkan agama sesuka hati mereka dan menggunakan agama kita sebagai alasan untuk melakukan perkara buruk.”

Manakala seorang lagi berkata: “Wanita kurang otak, kurang kerohanian…semua kata-kata mengarut anda tidak akan berjaya…wanita akan dibenarkan memandu tidak lama lagi.”

[TIPS: Inilah Kata-Kata Ayahanda Untuk Para Suami Yang Mudah TEWAS!!]

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: