Kata-Kata TPM Ini Membuat Ramai Rakyat Malaysia TERSENTAP !!

Kata-Kata TPM Ini Membuat Ramai Rakyat Malaysia TERSENTAP !!

Kadar peratusan rakyat Malaysia menyimpan wang amat rendah berbanding dengan negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun.

KUALA LUMPUR: Institusi perbankan di negara ini perlu menambah lebih banyak kempen kesedaran dan program pendidikan untuk mengalakkan rakyat Malaysia menyimpan wang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha ini penting kerana Malaysia sedang menuju ke arah status negara maju menjelang 2020.

Katanya, peratusan menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia amat rendah berbanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Jepun yang mempunyai kadar simpanan sebanyak 38 peratus.

“Dengan menyemai tabiat menabung dalam kalangan rakyat Malaysia, kerajaan boleh mengambil jalan keluar dengan mengurangkan pinjaman luar negara.

“Simpanan rakyat Malaysia kini hanya tertumpu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji (TH) dan koperasi sahaja,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Perkhidmatan Mesin Juruwang Maya (VTM) Bank Simpanan Nasional (BSN) pada Selasa.

Perkhidmatan perbankan melalui sidang video terbaharu itu adalah satu revolusi yang dilaksanakan oleh BSN dalam usaha untuk muncul sebagai sebuah institusi perbankan komersial utama.

Zahid berkata, produk berkenaan adalah satu transformasi dan BSN berjaya mengubah statusnya daripada perbankan konvensional kepada institusi perbankan komersial.

VTM juga adalah berlandaskan penggunaan teknologi video secara langsung untuk menghubungkan pelanggan dengan rangkaian cawangan BSN di seluruh Malaysia yang menyokong sistem itu.

Melalui VTM, pelanggan dapat menikmati perkhidmatan perbankan melalui sidang video yang dikendalikan oleh mana-mana satu dari lebih 450 juru wang BSN yang dihubungkan dengan sistem itu. – FMT

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih