KATA-KATA Nazri Aziz Yang Pasti Buat Tun M ‘TERBAKAR’

KATA-KATA Nazri Aziz Yang Pasti Buat Tun M ‘TERBAKAR’

Kuala Lumpur – Menteri pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang hipokrit dan tidak berprinsip kerana mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa sehingga menyebabkan siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhalang.

Memetik laporan TMI, Nazri pada mulanya enggan mengulas mengenai posting blog Dr Mahahtir, tetapi menujukan semua soalan kepada seorang pemberita yang bertanyakan apakah bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu sebagai “flip flop”.

Sebelum pemberita menjawab soalannya itu, Nazri bertanya beberapa kali kepada pemberita itu dan meyakinkannya tidak perlu risau dengan jawapan kerana Malaysia merupakan negara yang bebas.

“Saya setuju sepenuhnya dengan anda. Jangan risau anda mempunyai menteri menyokong anda.

“Beliau seorang yang tidak berprinsip. Jika anda perasan, beliau seorang yang sangat tidak berprinsip selepas meninggalkan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku “Lelaki di Sebalik Pulau” di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, hari ini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih