KATA-KATA Ketua NGO Antirasuah Dunia Ini Buat PM Najib Diam TERPAKU !!

KATA-KATA Ketua NGO Antirasuah Dunia Ini Buat PM Najib Diam TERPAKU !!

Pengerusi Transparency International (TI) Jose Ugaz menuntut jawapan terhadap dakwaan skandal melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ucapan pembukaan dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa ke-16 (IACC) di Putrajaya hari ini, Ugaz berkata kerajaan mengambil banyak inisiatif untuk menangani masalah rasuah.

“Kita mahu lihat lebih banyak kemajuan tetapi perkara itu tidak dapat berlaku selagi terdapat soalan tidak berjawab berhubung AS$700 juta yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri,” katanya disambut tepukan.

Ugaz membangkitkan perkembangan minggu-minggu terakhir ini yang menyaksikan peguam negara diganti, pasukan petugas khas dimansuhkan dan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis atau dipindah keluar dari suruhanjaya itu.

Begitu juga dengan penggantungan akhbar, kata Ugaz.

“Ini bukan tindakannya untuk sebuah kerajaan yang melawan rasuah,” katanya, sekali lagi disambut tepukan hadirin.

“Terdapat dua persoalan yang perlu dijawab: siapa bayar wang itu dan kenapa, dan ke mana ia pergi?

“Seorang lelaki boleh jawab soalan-soalan ini,” katanya. lapor malaysiakini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih