Kata-Kata Bahagia Rumah Tangga Kekal

Kata-Kata Bahagia Rumah Tangga Kekal – Setiap pasangan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pastinya mendambakan kehidupan berumahtangga untuk hari-hari mendatang itu agar terus kekal bahagia Apatah lagi penyatuan dua hati dari dua jiwa itu terbina atas nama cinta.

Perhubungan dimulakan dari percintaan hingga ke jinjang pelamin merupakan satu kejayaan kerana tidak semua yang dapat mempertahankan cintanya hingga ke ikatan perhubungan yang sah “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri” yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.

Sehubungan dengan itu, berikut MYsumber sertakan beberapa tips dan panduan untuk mengelakkan terjadinya punca perselisihan dan konflik dalam rumahtangga terutamanya kepada pasangan bercinta yang baru berkahwin.

kata kata bahagia

Kata-Kata Bahagia Rumah Tangga Kekal

Untuk memperoleh kehidupan sebuah rumah tangga yang bahagia adalah bergantung sepenuhnya kepada cara bagaimana pasangan (Suam Isteri) berkenaan mengekalkan suasana harmoni dalam hubungan mereka biar lama mana usia perkahwinan mereka Kunci utama membangun rumahtangga bahagia adalah setiap pasangan perlu mengketepikan sikap terlalu emosi, selain memiliki sikap tolak ansur yang tinggi serta boleh menerima kekurangan dan kelebihan pasangan. Kata-Kata Bahagia Rumah Tangga Kekal

1. Saling Mempercayai Dan Menghargai Saling percaya mempercayai adalah perlu dalam hubungan suami isteri. Usah percaya bulat-bulat atau mudah melenting sekiranya mendengar perkara tidak baik tentang pasangan yang diceritakan oleh pihak ketiga.

Antara contoh, berdampingan dengan individu lain di tempat kerja. Sekiranya masih meragui, tanyakan sendiri kepada pasangan, usah cemburu buta tanpa bukti yang nyata Setiap pasangan haruslah selalu saling menghargai dan memberi keyakinan serta memberi galakan kepada pasangan. Usah dijadikan segala perbezaan yang ada sebagai penyebab kepada masalah dalam rumah tangga. Apa yang penting selalu memaafkan setiap kesalahan yang pasangan anda lakukan selagi dia tidak melakukan sesuatu yang amat berat untuk anda tanggung. Kata-Kata Bahagia Rumah Tangga Kekal

2. Sikap Saling Memaafkan Dan Berkongsi Masalah Usah simpan dendam. Sekiranya ada perkara yang berlaku, jangan sesekali mengungkit kesalahan lalu yang menyakitkan hati. Ini kerana manusia itu tidak sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan Kemampuan untuk saling berkongsi perkara dengan pasangan anda sama ada baik dalam keadaan suka dan duka adalah perkara yang amat terpuji demi melihat kerukunan dalam rumah tangga. Jangan biarkan pasangan anda menghadapi kehidupannya yang bermasalah seorang diri tanpa anda mengetahuinya sedikit pun Di sinilah peranan anda sebagai seorang suami atau isteri untuk menjadi pemberi semangat, penyelamat dan sentiasa ada dengannya di saat suka dan duka

3. Saling Terima Kekurangan Pasangan Anda perlu belajar menerima kekurangan pasangan. Dia juga perlu melakukan perkara yang sama kerana semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda memperoleh pendapatan yang tinggi daripada anda, seharusnya perkara ini tidak membataskan hubungan dan seharusnya tidak memandang rendah antara satu sama lain

4. Jangan Terlalu Mengongkong Dan Terlebih Mengatur Kehidupan Pasangan Jangan terlalu mengatur hidup pasangan anda sehinggkan dia terasa terkongkong Amalkan sikap terbuka yang positif dengan pasangan anda sekiranya ada perkara yang perlu diberitahu, usah dipendam. Luahkan sekiranya anda tidak menggemari sikapnya Cuba berfikiran positif mengenai apa yang pasangan anda lakukan. Jangan asyik mengesyakinya dengan fikiran yang bukan-bukan atau ada rasa tidak jujur terhadap pasangan

5. Kekalkan Kemesraan Antara Pasangan Meskipun usia perkahwinan sudah lama , kemesraan anda dengan pasangan perlu dipelihara. Mencium pipi pasangan ketika pulang ke rumah di depan anak-anak menunjukkan kemesraan ibu dan bapa mereka tidak pernah padam. Pendek kata biarpun masa berlalu kemesraan antara pasangan itu tidak terlerai

6. Penampilan Khas Untuk Pasangan Apabila dikatakan selalu tampil cantik untuk suami anda, ini bukan bermaksud anda tidak boleh melawa lagi sekiranya bentuk badan anda sudah berubah. Maksudnya di sini adalah anda tampil dengan kelihatan lebih harum, kemas dan bersih

7. Menguruskan Dan Mantapkan Kewangan Dengan Baik Luangkan masa untuk berbincang tentang perkara-perkara yang melibatkan wang ringgit anda berdua. Inilah masanya untuk mencari jalan penyelesaian sekiranya ada masalah kewangan. Begitu jugalah jika anda berdua ingin membeli sesuatu benda, fikirkan dahulu kepentingan barangan tersebut kepada anda dan keluarga Tetapkan matlamat kewangan keluarga.

Sebagai contoh dalam tempoh setahun, berapa jumlah simpanan yang perlu ada dalam akaun anda berdua. Begitu jugalah dengan perancangan untuk menghadapi hari-hari mendatang seperti perbelanjaan keluarga selepas mempunyai cahaya mata serta simpanan kewangan di waktu persaraan kelak Setiap pasangan harus ingat bahawa masalah kewangan merupakan salah satu punca utama keretakan rumahtangga yang dibina.

Sumber : mysumber.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih