KANTOI !! Seludup iPhone Dalam Basikal

KANTOI !! Seludup iPhone Dalam Basikal | Hong Kong: Cubaan seorang lelaki menyeludup 18 telefon pintar iPhone 6 Plus di dalam ruangan rahsia pada basikalnya gagal selepas dia ditahan pihak berkuasa.

Lelaki itu yang dikenali sebagai, Shen ditahan pada 19 April lalu ketika cuba masuk ke China dari Hong Kong.

Pada mulanya, pegawai yang bertugas tidak mengesyaki apa-apa, tetapi mula curiga selepas Shen yang menunggang basikal kelihatan gelisah ketika pemeriksaan rutin.

Shen juga kelihatan cemas dan teragak-agak ketika menjawab beberapa soalan mudah oleh polis.

Selepas pemeriksaan dijalankan, pihak berkuasa menemui sejumlah telefon pintar yang disembunyikan di satu ruangan di basikalnya.

Semua 18 telefon pintar jenis iPhone 6 Plus itu dianggarkan bernilai 130,000 yuan (RM76,000).

Shen mengaku membeli telefon pintar berkenaan di Hong Kong dan cuba menyeludup masuk telefon itu untuk dijual di China.

Penyeludup biasanya membawa iPhone dan barangan elektronik bernilai tinggi dari Hong Kong untuk diseludup ke tanah besar China.

Mereka membuat sedikit keuntungan dengan menjual semula barangan elektronik berkenaan kerana Hong Kong mempunyai duti import yang rendah berbanding China. lapor harian metro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih