KANTOI !! Hobi Pelik Tidak Senonoh

skodengKANTOI !! Hobi Pelik Tidak Senonoh

Kuala Lumpur: Hobi intai celah paha gadis. Itu antara tindakan biadap seorang pemuda yang dikesan melakukan perbuatan itu di premis farmasi di ibu kota.

Tindakan tidak bermoral lelaki berusia 20-an itu bagaimanapun dirakam pengunjung premis itu sebelum menjadi viral di media sosial.

Penganalisis jenayah dan keselamatan, Kamal Affendi Hashim berkata, berdasarkan rakaman itu, suspek yang memakai kemeja putih dan seluar panjang hitam dilihat berpura-pura duduk mencangkung sambil memilih produk di rak jualan.

Menurutnya, seorang wanita tempatan yang memakai skirt pendek dilihat sedang berdiri di belakangnya sambil lelaki itu dilihat gelisah.

“Kejadian didakwa berlaku jam 6.10 petang Khamis lalu di pusat beli-belah terkenal di ibu kota. Lelaki itu mengintai di bawah skirt gadis itu tanpa disedari mangsa.

“Bagaimanapun, tindakan itu disedari pemilik kedai yang menjerit sebelum lelaki itu kelam-kabut melarikan diri,” katanya.

Dia berkata, kejadian gangguan seksual terbaru itu disifatkan membimbangkan apabila insiden sama semakin kerap dilaporkan berlaku.

“Sebelum ini seorang jurutera ditahan polis selepas cuba merakam paha seorang wanita yang menaiki eskalator di pusat beli-belah Low Yat, di sini, menggunakan telefon bimbit, Julai lalu.

“Malah, seorang lelaki berusia 20-an turut ditahan polis awal bulan lalu di sebuah pusat beli-belah di Brickfields, di sini, selepas didapati merakam curi paha seorang gadis yang menaiki eskalator,” katanya.

Dia berkata, kejadian itu disifatkan menggusarkan berikutan ia semakin kerap berlaku hingga menyebabkan wanita tidak berasa selamat. lapor myMetro.

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 116 times, 1 visits today)

Leave a Reply