“Kami Dah Cuba Selamatkan Dia Namun Akhirnya….”

“Kami Dah Cuba Selamatkan Dia Namun Akhirnya….” – “KAMI dah cuba tarik untuk selamatkan dia tapi air terlalu deras menyebabkan dia hanyut dalam air,” kata seorang daripada rakan mangsa yang dihanyutkan kepala air di air terjun Hutan Lipur Puncak Janing, Kuala Nerang hari ini.

Bagaimanapun usaha wartawan untuk menemubual lebih lanjut tidak berhasil apabila dia bersama enam rakan mangsa yang lain enggan meneruskan perbualan kerana masih trauma dengan kejadian itu.

“Kami Dah Cuba Selamatkan Dia Namun Akhirnya….”

Mangsa, Muhammad Munir Abdul Rashid, 18, ditemui lemas ketika sedang mandi bersama rakannya.

Penuntut semester dua Kolej Komuniti Kuala Nerang itu pergi ke pusat peranginan terbabit dengan rakan-rakannya menaiki kereta sekitar jam 4.30 petang untuk mandi.

Ketua Polis Daerah Padang Terap , Deputi Superintendan Noh Idris berkata, anggotanya menerima panggilan jam 6 petang berhubung kejadian lemas di kawasan itu.

Beliau berkata,empat anggotanya pergi ke tempat kejadian dan berjaya menemui mangsa di dalam air terjun tempat kejadian sebelum dibawa naik ke tempat parkir kereta di kawasan itu.

“Maklumat dari kawan rakan mangsa seramai lima orang turun mandi termasuk mangsa.

“Sewaktu mandi manda salah seorang rakannya ternampak mangsa sudah terkapai kapai di tengah air terjun namun rakan mereka cuba membantu tetapi tidak berjaya kerana air dalam dan arus kuat.

“Mangsa kemudian tenggelam dan rakan rakan yang lain pergi meminta pertolongan tetapi tidak berjaya sebelum menghubungi anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang untuk membantu,” katanya.

Noh berkata, anggota bomba berjaya menemui mangsa kira-kira jam 7.21 malam dan seterusnya menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa menetap di Flat Tongkang Yard Alor Setar dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua BBP Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Nur Iman Mohd Rawi berkata, mayat mangsa ditemui tersangkut di celah batu kira-kira 30 meter dari tempat dia mandi.

Beliau berkata, operasi mencari dan mengesan mangsa mengambil masa kira-kira 40 minit dan ketika itu hujan lebat.

“Kawasan ini antara lokasi berisiko berlakunya kepala air dan pengunjung yang datang ke sini perlu berhati-hati ketika datang ke sini terutamanya musim hujan, ” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih