“KALAU BUKAN KERANA ISLAM SYIAH, WANITA DILAYAN SEPERTI PELACUR DAN TIADA TEMPAT DALAM KANUN-KANUN MELAYU!” – KATA FAISAL TEHRANI

“KALAU BUKAN KERANA ISLAM SYIAH, WANITA DILAYAN SEPERTI PELACUR DAN TIADA TEMPAT DALAM KANUN-KANUN MELAYU!” – KATA FAISAL TEHRANI – BANGI: Umat Melayu patut dikasihani kerana mereka terikut-ikut gila fekah pemimpin mereka iaitu Raja Kecil Besar yang menganut agama “Islam Pagan”, menurut Dr Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani. Felo Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengaku pernah membuat ziarah ke Karbala ini juga mendakwa kezaliman umat Melayu yang ingkar tidak mahu mengikuti keturunan imam terpilih sebagai pemimpin mengakibatkan mereka menjadi gila fekah selama-lamanya.

“KALAU BUKAN KERANA ISLAM SYIAH, WANITA DILAYAN SEPERTI PELACUR DAN TIADA TEMPAT DALAM KANUN-KANUN MELAYU!” – KATA FAISAL TEHRANI

Tambahnya, keadaan ini menjelaskan “mengapa umat Islam terkesan dengan najis yang sudah dikincah dengan air mutlak dalam mesin basuh”. Faisal Tehrani berkata, “Saya pernah menamakan Islam seperti yang dianuti Raja Kecil Besar ini sebagai “Islam Parameswara” sempena pemerintah Melayu yang pertama.” “”Islam Parameswara” adalah “Islam Pagan” yang tidak mementingkan sama sekali falsafah dan juga akhlak. Islam jenama ini dipenuhi dengan aspek-aspek pesona yang tidak didokongi kewarasan akal,” terangnya lagi. “Sebagai contoh, belum pun mengucap dua kalimah syahadah, baginda Raja Kecil Besar sudah pun dikhatankan batang zakarnya dalam mimpi.” Sambungnya lagi, lalu kesemua rakyat kemudian memeluk agama Islam setelah dititahkan oleh Raja Kecil Besar meskipun baginda tidak memberikan sebarang hujah tentang kebenaran Islam.

Beliau berkata, “Justeru kita mendapat tahu, rakyat Melaka menjadi atau menganut Islam bukan kerana mereka benar-benar tahu, faham, berilmu, dan menggunakan penuh kapasiti akal dan rasional mereka untuk memeluk Islam. Mereka hanya buta-buta masuk Islam.” Ketika membicarakan mengenai hal yang sama dalam sebuah forum anjuran Sisters In Islam (SIS) sebelum ini, Faisal Tehrani telah mempersoalkan kebenaran mimpi Raja Kecil Besar yang dikatakan telah melihat Nabi Muhammad dalam mimpi baginda. “Saya juga sendiri hairan, waktu itu tak ada Instagram tentunya. Bagaimana Raja Kecil Besar tahu itu adalah Nabi Muhammad,” tegas beliau.

Menurutnya lagi, Islam yang ada sekarang bukan Islam yang ‘original’ sepertimana yang sepatutnya dan boleh dibuktikan dengan keadaan negeri Kelantan yang terdapat ramai pelacur dan keadaan Islam yang sangat teruk di sana pada zaman Munsyi Abdullah. Dakwa beliau jika tidak kerana kelompok Islam Syiah pada waktu itu seperti karangan kitab Nazam Ratap Fatimah, Hikayat Ali Kahwin Fatimah, Hikayat Hassan Hussein, Hikayat Mohd Hanafiyah, wanita memang tidak ada tempat di dalam kanun-kanun Melayu. “Kenapa saya kata begini? Kerana doktrin mazhab Syiah, kedudukan wanita sangat tinggi iaitu kerana mereka mengagungkan Fatimah dan Zainab anak Fatimah Az Zahra,” jelasnya lagi.

sumber: https://www.menara.my/umat-melayu-gila-fekah-kerana-anutan-islam-pagan-raja-melayu-silam-faisal-tehrani/ (menara.my)

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih