“Kalau Betul BR1M Online Bukan Rasuah…”

“Kalau Betul BR1M Online Bukan Rasuah…” – Sekiranya benar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah, maka rakyat berhak menolak undi Umno dan BN pada PRU14 nanti, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, BN tidak perlu menghasut rakyat untuk menolak pembangkang sekiranya Bantuan Rakyat 1Malaysia bukan diberi bagi tujuan rasuah.

“Pakat nafi BR1M bukan rasuah. Pada hal waktu nak bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia mula-mula dulu semua penerima kena tadah telinga dengar ceramah kempen pemimpin Umno merayu minta undi BN.

br1m online

“Jika BR1M Online bukan rasuah dan BN pun tidak menagih untuk mengharapkan undi dari penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia, amatlah sesuai untuk penerima BR1M tidak undi BN dalam PRU14 nanti,” ujar Mahfuz sinis menerusi satu kenyataan.

“Kalau Betul BR1M Online Bukan Rasuah…”

Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa pemberian bantuan BR1M merupakan rasuah dan ia salah di sisi undang-undang.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘BR1M umpan raih sokongan rakyat’]

Tambahnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga kelihatan yakin bantuan yang diberikan itu dapat meraih undi rakyat untuk terus menyokong BN.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!