‘Jumpa’ Arwah Ibu Bapa Ketika 5 Hari ‘Hilang’ – Luah Mahadzir Lokman

'Jumpa' Arwah Ibu Bapa Ketika 5 Hari 'Hilang' - Luah Mahadzir Lokman

‘Jumpa’ Arwah Ibu Bapa Ketika 5 Hari ‘Hilang’ – Luah Mahadzir Lokman – “SEPANJANG lima hari ‘hilang,’ saya diberi kesempatan oleh Allah SWT berjumpa arwah ibu bapa dan dua adik beradik lain. Saya bertanya kepada ibu bapa kenapa tidak mahu bercakap dengan saya.

“Malah tidak lama selepas itu, saya turut berasa seperti di awang-awangan dan melihat ramai orang di sekeliling.” Begitulah kata pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman, 60, yang sedar daripada koma selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak 24 September lalu.

‘Jumpa’ Arwah Ibu Bapa Ketika 5 Hari ‘Hilang’ – Luah Mahadzir Lokman

“Apa saya ceritakan ini mungkin orang susah nak percaya tetapi saya yang melaluinya perlu berkongsi,” katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, Mahadzir kritikal selepas ditemui tidak sedarkan diri oleh keluarga pada 24 September lalu sebelum dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Lima hari selepas itu, Mahadzir dilapor stabil dan dipindahkan ke wad biasa.

Mahadzir menyifatkan ia peluang kedua untuknya dan berkata, dia bersyukur kerana diberi kesembuhan dan berdoa semoga terus mendapat kesihatan baik.

“Apa yang terjadi ini adalah pengalaman yang hanya dirasai bagi mereka yang melaluinya. Bagi saya, ini hikmah daripada Allah SWT.

“Saya tidak menyangka perkara ini terjadi kepada diri sendiri. Apabila diceritakan semula oleh keluarga, dalam fikiran saya sudah meninggal dunia.

“Namun sebaliknya kerana Allah SWT masih panjangkan nyawa saya.

“Malah, apabila sedar daripada koma saya sentiasa berdoa semoga terus diberikan kesihatan yang baik. Dalam masa sama, saya fikir ini hanya pinjaman sementara buat saya,” katanya.

MAHADZIR (kanan) bersama adiknya, Danial Lokman. FOTO ihsan Danial Lokman

Mahadzir berkata, selepas ini dia ingin meluangkan lebih banyak masa untuk diri sendiri, melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan sebelum ini dan membantu orang seni visual.

“Tipu kalau kata saya tidak teringat soal kerja. Apatah lagi saya jenis kuat bekerja. Namun, apabila perkara ini terjadi, sudah tiba masanya saya berehat dan fikir diri sendiri.

“Jika tidak berehat, ia bermakna saya merosakkan diri sendiri. Dalam masa sama, saya perlu perbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan kepada orang. Malah pembantu rumah sentiasa pesan, selepas ini saya jangan lupakan Allah SWTlagi.

“Soal kerja pula, banyak perancangan ingin dibuat. Satu daripadanya saya nak membantu dan membela nasib artis seni visual,” katanya.

Sepanjang pertemuan, Mahadzir banyak bercerita, berkongsi pendapat dan bergurau.

Malah, Mahadzir menyatakan keinginan untuk makan Laksa Johor apabila keluar hospital nanti.

“Pagi tadi doktor memaklumkan mungkin saya perlu ditahan seminggu lagi. Walaupun saya tak suka duduk lama di sini, demi kesihatan saya akur.

“Saya berterima kasih kepada semua sanak saudara dan kenalan yang sudi menziarah. Terima kasih juga buat semua rakyat Malaysia yang tidak henti mendoakan kesejahteraan saya.

“Syukur saya semakin siha. Tidak sabar nak pulang ke rumah dan makan makanan kegemaran terutama laksa Johor,” katanya. – myMetro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih