Jersi JDT 2017 Liga Malaysia

Jersi JDT 2017 Liga Malaysia – KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan empat kit baharu akan digunakan pasukan tersebut dalam saingan Liga M musim 2017 yang turut menyaksikan Nike sebagai penaja rasmi buat musim ini.

Menampilkan tiga warna simbolik iaitu Biru (home) merah (away) dan hitam (alternate) yang mencerminkan semangat serta warna yang ada pada bendera negeri Johor.

Jersi JDT 2017 Liga Malaysia

Gambar Jersi JDT 2017 Liga Malaysia

Turut diperkenalkan, jersi khas bewarna biru gelap berbelang hitam yang mana melambangkan kejayaan menjuarai Liga Super tiga tahun berturut-turut yang diperoleh JDT.

Majlis gimik pelancaran yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini itu telah dirasmikan Naib Presiden JDT 1, Datuk Zulkurnain Kamisan di hadapan ribuan penyokong pasukan tersebut.

Pada majlis tersebut turut diadakan tayangan klip video bagi memperkenalkan rekaan kit, pertunjukan bunga api dan sesi jualan jersi tersebut untuk para peminat.

Pelancarannya juga ditayangkan serentak menerusi skrin besar yang disediakan di beberapa lokasi terpilih di semua daerah. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih