Jersi Baharu Harimau Malaya 2017

Jersi Baharu Harimau Malaya 2017 . SKUAD bola sepak kebangsaan bakal menyarung jersi baharu sepanjang kempen Piala AFF 2016  di Yangon, Myanmar bermula 19 November ini. Jersi baharu Harimau Malaysia 2017 daripada pengeluar pakaian sukan terkemuka Nike itu direka khas dengan teknologi tinggi bagi memastikan pemain negara selesa beraksi dalam keadaan cuaca panas selain membolehkan mereka bergerak lebih pantas.

Jersi baharu Harimau Malaya 2017

Dari kiri: Pemain Harimau Malaysia, Baddrol Bakhtiar, Mattew Davies, Zaquan Adha dan Nazirul Naim bersama jersi baharu ketika majlis memperkenalkan jersi baharu Harimau Malaysia2017 di Bukit Jalil, semalam.

Jersi Baharu Harimau Malaya 2017 

Lebih menarik, tahun ke-10 menjadi penaja utama skuad negara, Nike tampil dengan warna yang lebih garang bagi jersi home iaitu warna hitam manakala away berwarna putih.

Bagaimanapun, kebanyakan peminat bola sepak tanah air meluahkan rasa tidak puas hati apabila Nike menampal logo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di bahagian dada jersi berkenaan sebaliknya majoriti mahu melihat Jalur Gemilang dikekalkan pada jersi baharu kali ini.

Sementara itu FAM dalam kenyataannya menjelaskan alasan mengapa jersi tersebut menggunakan logo FAM dan bukannya Jalur Gemilang seperti pada tiga jersi terdahulu.

“Dalam bola sepak antarabangsa, logo federasi adalah standard yang biasanya digunakan di bahagian dada jersikebangsaan.

“Jika dilihat pada kejohanan Euro 2016, Copa America 2016 dan Piala Asia 2015, hampir kesemua negara menggunakan logo federasi atau logo pasukan di jersi masing-masing.

“Malah dengan penggunaan logo federasi, jersi ini lebih eksklusif melambangkan jersi bola sepak dan bukan jersisukan lain,” kata FAM. Jersi Baharu Harimau Malaya 2017

Jersi Baharu Harimau Malaya 2017 

Pada masa sama, FAM juga menjelaskan sebab pihaknya tidak memilih logo pengganti lain seperti logo Harimau Malaysia yang dilancarkan pada 16 September lalu.

“Jersi Malaysia dihasilkan serentak dengan jersi keluaran 2016 negara-negara lain yang ditaja oleh Nike dan keseluruhan proses rekaan sehingga produksi mengambil kira-kira 18 bulan.

“Jersi-jersi ini telah siap pada awal tahun 2016 untuk pelancaran negara masing-masing menjelang kejohanan-kejohanan tahun 2016 seperti Euro 2016 dan juga Copa America 2016,” tambah kenyataan itu. – Sinar Harian

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!