SAYU !! Jenazah Aiman Fitri Selamat Disemadikan

Jenazah Aiman Fitri Md Asmadi, 12, salah seorang mangsa lemas di Bukit Beruntung, semalam dibawa pulang ke rumah datuknya di Kampung Tengah di sini untuk dikebumikan. JenazahAiman Fitri selamat dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah.

SAYU !! Jenazah Aiman Fitri Selamat Disemadikan

SAYU !! Jenazah Aiman Fitri Selamat Disemadikan

Nenek mangsa, Saudah Mohd Noor, 59, berkata, kali terakhir dia berjumpa Aiman Fitri Disember lalu semasa arwah pulang untuk berkhatam.

Semalam, lima kanak-kanak ditemui lemas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika menangguk ikan di longkang besar dekat perumahan Kekwa, Bukit Beruntung, Selangor.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.23 petang itu, lapan kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun dikatakan keluar ke lokasi yang terletak berhampiran Kelab Golf Bukit Beruntung selepas solat Jumaat.

Salah seorang daripada mereka, Mohd Shahil Azman,12, terselamat selepas berjaya berpaut pada konkrit pembetung jambatan di longkang berkenaan sementara dua lagi masih belum ditemui.

Mayat Aiman Fitri ditemui kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian .

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous