SAYU !! Maafkan atuk sayang.. Jasad cucu berkecai digilis van yang di naiki atuk (6 Gambar)

SAYU !! Maafkan atuk sayang.. Jasad cucu berkecai digilis van yang di naiki atuk (6 Gambar) – Kota Kinabalu : Atok mana yang tidak sedih cucu yang dijaga nya meninggal dengan tragis digilis van yang dinaikinya. ” Saya pun pelik bagaimana cucu nya sekecil itu boleh berada dibawah van, mungkin dia hendak ikut atuk oleh sebab itu dia menuju ke van tanpa disedari oleh atuk nya ” luah nya sayu.

Jasad anak kecil itu berkecai digilis keadaan nya amat tragis apabila dilihat dibawah van, sungguh tidak disangka objek yang dilanggar van terbabit adalah cucunya.

Akhbar melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila digilis sebuah van berhampiran rumah datuknya di Skim Penempatan Telipok, Kota Kinabalu, hari ini.

SAYU !! Maafkan atuk sayang.. Jasad cucu berkecai digilis van yang di naiki atuk (6 Gambar)

SAYU !! Maafkan atuk sayang.. Jasad cucu berkecai digilis van yang di naiki atuk (6 Gambar)

 

Dalam kejadian 6.45 pagi, Muhammad Sarmindi Abdullah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, berkata, ketika kejadian, kanak-kanak itu dibawa ke kedai runcit milik keluarganya di perumahan berkenaan.

Katanya, dia dijaga oleh datuknya dan bapa saudaranya.

“Pada masa itu juga, datuk mangsa menaiki sebuah van yang berhenti di hadapan kedai runcit untuk ke pekan Telipok.

“Tanpa disedari mangsa berada di bawah kenderaan dan dia digilis van berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Chandra berkata, akibat kejadian itu, kanak-kanak terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan masih diteruskan dan pemandu van ditahan bagi tujuan siasatan.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. semoga roh anak syurga itu dicucuri rahmat tinggal lah foto kenangan buat ibu dan ayah serta atuk dan nenek. Al fatihah. – beritasayu

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih