Janda Hilangkan Diri Selepas Kisah Terbongkar

Janda Hilangkan Diri Selepas Kisah Terbongkar – KOTA BHARU – Wanita yang tinggal di rumah dipenuhi sampah dan uzur bersama lima anaknya di Kampung Paloh, Pintu Geng, di sini menghilangkan diri selepas kisahnya didedahkan kepada umum.

Janda Hilangkan Diri Selepas Kisah Terbongkar

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Rahayu Ahmad berkata, susulan pendedahan tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat tindakan susulan mengambil lima beradik berkenaan untuk ditempatkan di rumah perlindungan di Pengkalan Chepa.

Janda Hilangkan Diri Selepas Kisah Terbongkar

Beliau berkata, pihaknya turut difahamkan wanita itu yang dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing semalam, namun dia dibebaskan selepas prosedur selesai.

“Kami cuba mengesan wanita tersebut di rumahnya hari ini namun gagal. Jirannya memberitahu wanita itu tidak pulang ke rumah malam tadi.

“Setelah diperiksa seluruh bahagian untuk mendapatkan bukti sama ada rumah tersebut memang dijadikan ‘port’ kegiatan menagih dadah. Namun agak sukar mengesahkan kerana seluruh tempat ditimbuni sampah sarap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rumah penuh sampah tempat berteduh enam beranak]

Rahayu menasihatkan wanita itu supaya tampil di mana-mana pejabat AADK bagi membolehkan pihak mereka membantunya menjalani pemulihan.

“Kalau dia sayangkan anak-anaknya dan mahu mereka kembali ke pangkuan, dia kena ubah diri sendiri,” katanya. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih