Jamal, ‘Wan Azizah’ Naik MRT ke Sungai Buloh

Jamal, ‘Wan Azizah’ Naik MRT ke Sungai Buloh – KAJANG – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menaiki Transit Aliran Massa (MRT) bersama-sama Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari stesen Stadium Kajang ke stesen Sungai Buloh.

Jamal, 'Wan Azizah' Naik MRT ke Sungai Buloh

Jamal, ‘Wan Azizah’ Jamal, ‘Wan Azizah’ Naik MRT ke Sungai Buloh

Jamal bersama lebih 50 pengikutnya tiba di stesen berkenaan sekitar jam 10.30 pagi ini dengan membawa mockup gambar Wan Azizah.

Mockup gambar dengan kapsyen ‘Tq PM kerana menyediakan perkhidmatan MRT dari Kajang ke Sg Buloh. Mudah la Kak Wan menziarahi suami Kak Wan di Sg Buloh’ itu antara gimik terbaru Jamal.

“Saya ingin memaklumkan khususnya kepada wakil rakyat Kajang, supaya selepas ini dengan adanya MRT, ia akan memudahkan beliau berjumpa suaminya di Sungai Buloh.

“Tak payah susah-susah lagi melalui kesesakan lalu lintas, naik MRT terus sampai,” katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Beliau berkata, kerajaan sudah menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam terbaik tetapi pembangkang sering melemparkan fitnah.

“Saya hairan melihat politik Pakatan Harapan, apa yang kerajaan buat sebegini baik dan indah untuk kegunaan rakyat mereka cuba menidakkan dan memfitnah kerajaan dengan pelbagai tohmahan.

“Kalaulah apa yang dilakukan kerajaan ini bagus, kita sambut dengan baik. Kita lihat di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini adalah antara yang baik,” katanya.

Katanya lagi, Pakatan Harapan dilihat seolah-olah tidak ada isu lain untuk terus menabur fitnah terhadap kerajaan.

“Mereka masih percaya lagi fitnah seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lain-lain,” katanya.

Sebelum ini Jamal pernah membuat ‘gimik’ dengan memakai tuala, membawa katil dan van jenazah ke Bangunan SUK di Shah Alam. – Sinar Harian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih