Jamal Ditangkap Polis Dengan Tuduhan Samun

Jamal Ditangkap Polis Dengan Tuduhan Samun – Polis hari ini menahan Datuk Seri Jamal Md Yunos, selepas menerima beberapa laporan berhubung kecurian yang didakwa berlaku ketika ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu bersama sekumpulan belia menyerbu sebuah pusat perjudian, Disember lalu.

Jamal Ditangkap Polis Dengan Tuduhan Samun

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, Jamal ditahan tengah hari ini, manakala 9 yang lain ditahan malam semalam.

Ia susulan serbuan pemimpin akar umbi Umno itu di sebuah tempat didakwa pusat perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.

“Pusat hiburan keluarga itu ada lesen, semua ada permit bawah (MPAJ) Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Yang dia kata itu tempat judi, itu hal lain.

Jamal Ditangkap Polis Dengan Tuduhan Samun

“Kita dapat beberapa laporan yang mengatakan barang mereka hilang masa serbuan ini, jadi itu yang kita siasat,” kata SAC Fadzil Ahmat.

Menurut SAC Fadzil Ahmat, mereka akan disiasat polis di bawah dakwaan rompakan berkumpulan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara 20 tahun dan disebat.

Terdahulu, ketua gerakan Baju Merah itu berkongsi gambar anggota polis berpakaian biasa menunggu di luar rumahnya.

Jamal Ditangkap Polis Dengan Tuduhan Samun

Jamal mengetuai sekumpulan orang melakukan satu siri serbuan di pusat perjudian sekitar Selangor bagi membuktikan dakwaannya yang kerajaan negeri kurang melakukan penguatkuasaan ke atas premis perjudian haram.

Ini adalah kali ke-3 Jamal ditahan polis. Beliau ditahan pada Oktober lalu susulan satu catatan di Facebook dan kali ke-2 pada bulan berikutnya, beberapa jam menjelang perhimpunan Bersih 5 yang diadakan pada 19 November lalu di Kuala Lumpur.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih