Jamal Abdillah Nikah Wanita 23 Tahun Isteri Baharu

Jamal Abdillah Nikah Wanita 23 Tahun Isteri Baharu  – Penyanyi Datuk Jamal Abdillah memilih wanita berusia 23 tahun sebagai isterinya yang dilangsungkan pada 1 April lalu. Bagaimanapun, penyanyi itu enggan berkongsi lanjut tentang butiran majlis perkahwinan kali keempatnya itu.

jamal abdillah nikah wanita 23 tahun

Difahamkan, isteri penyanyi yang terkenal dengan lagu Azura itu berasal dari Kulim, Kedah.

Jamal Abdillah Nikah Wanita 23 Tahun Isteri Baharu

“Alhamdulillah, benar saya sudah bernikah, doakan yang baik-baik buat rumah tangga saya.

 “Maaf saya tidak mahu berkongsi lanjut. Saya tidak yakin perbincangan di media akan membawa sejahtera kepada sesebuah rumah tangga,” jawabnya ringkas kepada mStar Online.

Jamal pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali.

Isteri pertamanya ialah Basariah Abdul Latiff (bercerai), kedua, Noraina Mohd. Yusof (bercerai) dan ketiga, Fatimatuzahrah Samad (bercerai).

Beliau memiliki dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani hasil perkahwinan kedua dan Ahmad Zaki Yamani daripada perkahwinan ketiga. – mStar

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. admin