Jadual Peperiksaan SPM 2017 Sijil Pelajaran Malaysia

Jadual Peperiksaan SPM 2017 Sijil Pelajaran Malaysia – Anda akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini? Berikut adalah Jadual Waktu PeperiksaanBertulis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2017 yang dipetik dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Peperiksaan bertulis SPM 2017akan diadakan bermula 6 November hingga 4 Disember 2017. Untuk makluman, tarikh keputusan peperiksaan SPM 2016 pula akan diumumkan pada 16 Mac 2017 menerusi makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Untuk jadual penuh peperiksaan awam yang lain seperti UPSR, PT3, STAM dan lain-lain lagi sila rujuk di Takwim Peperiksaan Awam 2017.

Jadual Peperiksaan SPM 2017 Sijil Pelajaran Malaysia

  • Kalendar 2017 Malaysia – Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah

Jadual Peperiksaan SPM 2017 Sijil Pelajaran Malaysia

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2017

Berikut adalah jadual waktu peperiksaanbertulis SPM 2017mengandungi maklumat penting seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertasdan masa peperiksaandijalankan. Untuk koleksi soalan peperiksaansebenar SPM tahun-tahun lepas sebagai rujukan, sila rujuk di Soalan SPM.

Nota

Jadual lengkap akan dikongsikan selepas pengumuman rasmi dari LPM. Tarikh peperiksaanSPM 2017 adalah seperti berikut :-

  • Ujian Lisan : 6 Jun hingga 1 Julai 2017
  • Ujian Bertulis : 6 November hingga 4 Disember 2017
  • Klik LPM dalam PDF

Jadual SPM 2017 (Deraf)  

6 Hingga 9 November 2017

jadual spm 2017 1

13 dan 14 November 2017

jadual spm 2017 2

15 Hingga 20 November 2017

jadual spm 2017 3

 21 Dan 22 November 2017

jadual spm 2017 4

23 Hingga 27 November 2017

jadual spm 2017 5

28 November 2017

jadual spm 2017 6

Jadual Peperiksaan SPM 2017 Sijil Pelajaran Malaysia

29 dan 30 November & 4 Disember 2017

jadual spm 2017 7

Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon

Calon yang menduduki peperiksaandi bilik / dewan peperiksaandilarang:

  • 1. membawa  masuk  sebarang  catatan  sama  ada  pada  pakaian  atau  anggota  badan,  nota,  dokumen  seperti  buku,  lukisan,  grafik, akhbar,  kamus,  kertas,  Jadual  Waktu  Peperiksaan  serta  telefon  bimbit,  alat-alat  komunikasi  atau  peranti  elektronik,  bekas  alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaankecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  • 2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
  • 3. mendedahkan kertas peperiksaanatau/dan jawapan peperiksaansehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  • 4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaanwalau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  • 5. menukar kertas peperiksaanatau/dan jawapan peperiksaandengan calon lain.
  • 6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
  • 7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  • 8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaansemasa peperiksaan.
  • 9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaakeluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan  tindakan  tatatertib.  Menurut  Peraturan-Peraturan  Pendidikan 1997  dalam  Akta  Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang  disifatkan  sebagai  suatu  salah  laku  serius  oleh  Lembaga  Peperiksaan.  Calon  yang  disabitkan  dengan  mana-mana  salah  laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

  • 1. keputusan peperiksaandigantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
  • 2. keputusan peperiksaanmana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
  • 3. keputusan peperiksaanyang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaandiisytiharkan terbatal

Muat Turun/ Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2017

* Untuk download atau memuat turun Jadual Peperiksaan SPM 2017 Sijil Pelajaran Malaysia dalam PDF, sila klik Jadual Waktu SPM 2017 (Draft). Diucapkan selamat berjaya buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan hujung tahun 2017 nanti.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih