Isu Selfie Pelajar UITM… Selepas Lama Berdiam Diri, Akhirnya Pro-Canselor UITM Buat Tindakan MENGEJUTKAN ?!!

Isu Selfie Pelajar UITM… Selepas Lama Berdiam Diri, Akhirnya Pro-Canselor UITM Buat Tindakan MENGEJUTKAN ?!! | Hari ini viral di laman sosial tentang gambar seorang mahasiswa berselfie di atas pentas semasa Konvokesyen Ke-82 Universiti Teknologi MARA (UiTM), semalam. Ada yang melihatnya sebagai “humor”, tapi jelas budaya tersebut tidak dipandang ringan sesetengah pihak.
Hari ini, Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub menegaskan bahawa ‘decorum’ ataupun ketertiban amatlah perlu bagi warga UiTM dan MENOLAK sepenuhnya budaya tersebut. Jawatankuasa akan berkemungkinan besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar tersebut supaya perkara seperti itu tidak lagi berlaku di kemudian hari.
 
Menurutnya, apabila seorang siswa tampil untuk menerima skrol ijazahnya dari Dr Arshad dan sekaligus mengeluarkan telefon bimbitnya untuk “selfie”, ada hadirin yang memaklumkan dia disuruh Dr Arshad supaya berundur beberapa tapak dan ulang semula secara tertib sebagai menghormati majlis bermakna tersebut.
2
Di laman sosial, banyak pihak yang menyela perbuatan siswa tersebut. Ada juga pihak yang melihatnya sebagai perbuatan yang tidak menyalahi apa-apa etika.
Seorang responder, Mohammad Fitri menulis di laman Facebook Oh! Media yang ketika dirinya “konvo” di London, tiada masalah ketika di sana untuk selfie semasa mengambil ijazah.
 
“knape heboh dgn protokol manusia erk? aduhai. aku konvo kt london, slamber je aku selfie. dorang lagi ckp good2. eh lupa ni kan malaysia, negara yg penuh dgn “rakyat semua tk kena” lagi2 yg pgang malaysia plak tk boleh harap.”, tulisnya.


Seorang lagi respondor, Syed Malek Shahabudin menyatakan kekecewaannya dengan apa yang dilihat.
 
“kalau ini benar, nampaknya kurang cerdik graduan ni…jangan semua benda kita nak tiru, jaga kesopanan dan kesusilaan rakyat kita dan negara kita.”
 
Selain itu, banyak pihak menganggap apa yang berlaku itu disebabkan perasaan teruja ketika menyambut peristiwa kejayaan yang bersejarah untuk diri si pelaku yang tidak dapat dibendung dalam diri. KREDIT OHMEDIA.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih