Isu Lowyat: 5 Cedera Dalam Serangan di Plaza Low Yat

Isu Lowyat: 5 Cedera Dalam Serangan di Plaza Low Yat

Kuala Lumpur – Lima individu cedera, dengan tiga daripada terdiri daripada wartawan dalam serangan yang berlaku berhampiran dengan Plaza Low Yat selepas polis berjaya menyuraikan kumpulan perusuh yang berhimpun di hadapan pusat beli belah berkenaan.

Seorang saksi berkata rusuhan dipercayai bermula apabila kira-kira 50 hingga 60 lelaki merempuh masuk melalui kedai masuk melalui kedai makanan yang terletak berhampiran dengan pusat beli belah tersebut. Keadaan mula kecoh apabila kumpulan berkenaan mula menyerang seorang daripada mangsa menggunakan topi keledar dan beberapa objek lain.

Antara mereka yang menjadi sasaran kumpulan tersebut adalah jurugambar. Seorang wartawan yang cuba melindungi seorang jurugambar daripada serangan tersebut turut dipukul.

Menurut wartawan, orang awam turut bertindak nekad melindungi dua wartawan yang diserang oleh kumpulan perusuh tersebut. Dua wartawan berkenaan kemudiannya keluar untuk menyelamatkan diri dengan bersembunyi di hotel berhampiran.

Ketika berita ini ditulis, dipercayai pihak polis telah menahan enam individu yang terlibat dalam serangan berkenaan.

Dua kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 1 pagi.

Turut kendengaran bunyi letupan di tempat kejadian.

Pihak polis telah mengawal pintu masuk utama ke pusat beli belah tersebut.

Terdahulu, pada awal pagi Isnin sekumpulan lelaki berkumpul di Plaza Low Yat berikutan kekecohan yang berlaku apabila seorang pelanggan mendakwa dia ditipu oleh penjual telefon bimbit pintar di salah sebuah kedai di pusat beli belah berkenaan.

Polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih