Isu Kenaikan Minyak: Kenaikan Harga Minyak Amat Rendah Kata Menteri

Isu Kenaikan Minyak: Kenaikan Harga Minyak Amat Rendah Kata Menteri

Kejutan dari pengumuman kenaikan harga bahan api pada malam tadi belum berakhir namun seorang menteri tampil dengan pujukan bahawa kenaikan itu amat rendah.

“Jika kita buat kiraan, kenaikan itu hanya minimum,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

“Jika akan berlaku kesan (pada inflasi), ia amat sedikit.

“Ianya tidak besar,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis Anugerah Harta Intelek Malaysia.

Hasan turut menegaskan bahawa kenaikan itu tidak bermaksud untuk membebankan rakyat tetapi untuk mengukuhkan kewangan negara.

Beliau menggesa masyarakat umum agar menerima keputusan tersebut dan menunggu pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2015.

Katanya, perdana menteri yang juga menteri kewangan akan mengumumkan langkah yang akan mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak dipergunakan oleh pihak tertentu yang didakwanya ingin menggunakan isu berkenaan demi kepentingan politik. lapor malaysiakini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih