Isu 1MDB: Bank Negara Ada Kuasa Untuk Ambil Tindakan

Powered by WP Review

Isu 1MDB: Bank Negara Ada Kuasa Untuk Ambil Tindakan  – Bank Negara Malaysia akan mengambil tindakan penguatkuasaan, atau dikenali sebagai tindakan pentadbiran, terhadap pihak yang didapati melanggar atau tidak mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan.

Isu 1MDB: Bank Negara Ada Kuasa Untuk Ambil Tindakan

“Tindakan ini boleh diambil secara serentak, atau secara berasingan dan berbeza daripada, prosiding jenayah yang di bawah kuasa Peguam Negara sepenuhnya.”

Isu 1MDB: Bank Negara Ada Kuasa Untuk Ambil Tindakan

Bank pusat berkata demikian dalam satu kenyataan untuk menjelaskan mengenai kuasanya untuk menguatkuasa pematuhan terhadap undang-undang pengawalseliaan yang ditadbir BNM.

Oleh itu, berasingan daripada sebarang keputusan mengenai prosiding jenayah, bank pusat itu dibenarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengambil tindakan pentadbiran.

“Ini akan termasuk mengenakan penalti monetari, mengeluarkan arahan pematuhan, memberi bayaran balik (restitution) kepada mana-mana individu yang tidak berpuas hati disebabkan pelanggaran terhadap akta, memberi amaran awam dan persendirian serta arahan, supaya langkah-langkah diambil untuk mengurangkan atau menyelesaikan sesuatu pelanggaran terhadap akta.

“Ini bagi memastikan integriti, dan keyakinan terhadap sistem kewangan negara,” menurut bank itu.

Isu 1MDB: Bank Negara Ada Kuasa Untuk Ambil Tindakan

Pada 9 Oktober, BNM telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) untuk pelaburan di luar negeri yang bernilai AS$1.83 bilion.

Dalam kenyataan berkenaan, BNM berkata, ia juga telah mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kepada 1MDB untuk membawa balik ke Malaysia jumlah itu dan mengemukakan kepada BNM perancangan syarikat berkaitann
perkara berkenaan.

Bank pusat merumuskan kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki BNM semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.

“Walau bagaimanapun, didapati bahawa maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap”.

Isu 1MDB: Bank Negara Ada Kuasa Untuk Ambil Tindakan

Kenyataan BNM itu merujuk kepada keputusan Peguam Negara yang mendapati pegawai 1MDB yang disiasat di bawah ECA tidak memberikan maklumat palsu dan membersihkannya daripada sebarang salah laku.

Menurut bank berkenaan, keputusan itu ‘berkait dengan pengesyoran bank pusat untuk memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB atas pelanggaran ECA’. – Bernama

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!