IPhone Diharamkan Di California?

IPhone Diharamkan Di California? – Bulan lalu kami melaporkan Apple disaman oleh ibu bapa seorang anak kecil yang meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan di Texas. Anak mereka meninggal dunia selepas kereta dirodok dari belakang oleh seorang pemandu yang khayal menggunakan Facetime. Kini sebuah lagi kes mahkamah difailkan di California oleh Julio Ceja.

IPhone Diharamkan Di California?

IPhone Diharamkan Di California?

Beliau ingin tindakan mahkamah dikenakan ke atas Apple kerana tidak menyertakan fungsi mengunci iPhone apabila ia mengesan pengguna sedang memandu. Beliau ingin jualan iPhone dihentikan serta merta selagi fungsi ini tidak disertakan pada kesemua iPhone yang dijual di California. Menurut Ceja, Apple mempunyai paten sistem mengunci peranti yang menghalang penggunaan peranti ketika memandu sejak 2008 tetapi gagal menyertakannya pada iPhone. Julio Ceja tidak memohon sebarang pampasan kewangan tetapi sekadar memohon fungsi menghalang penggunaan ketika pemanduan dihasilkan bagi mengurangkan kemalangan.

Sebuah lagi kes aneh yang mungkin hanya boleh wujud di Amerika Syarikat. Setiap individu seharusnya bertanggungjawab atas keselamatan diri sendiri ketika memandu. Adakah anda merasakan mod menghalang penggunaan ketika memandu diperlukan pada kesemua peranti pintar? – amanz.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih