INILAH WAJAH DALANG DISEBALIK CUBAAN RAMPASAN KUASA DI TURKI..

INILAH WAJAH DALANG DISEBALIK CUBAAN RAMPASAN KUASA DI TURKI..

Kolonel Muharrem Kose, sosok ini disebut-sebut sebagai sosok di sebalik usaha rampasan kuasa yang berlaku di Turki. Percubaan rampasan kuasa di Turki berlangsung pada Jumaat malam waktu tempatan, atau Sabtu (16/7) dinihari waktu Indonesia barat.

Kose, seperti diberitakan pejabat berita Turki, Anadolu News Agency bukanlah anggota tentera aktif. Dia diketahui telah dipecat secara tidak hormat dari ketenteraan Turki pada bulan Mac lalu.

Anadolu melaporkan, Kose dipecat kerana dituduh mempunyai hubungan dengan tokoh anti-kerajaan yang pada masa ini berada di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen.

Tidak lama selepas dipecat, Kose mengumumkan pembentukan Dewan Keamanan, yakni kerajaan sementara untuk memulihkan demokrasi dan hak asasi manusia di Turki yang disebut-sebut mula dilucutkan oleh kerajaan Turki di bawah pimpinan Tayyip Erdogan.

Dengan bantuan anggota yang setia kepada dirinya, Kose melancarkan aksi kudeta semalam. Dia berjaya merebut stesen televisyen TRT, menduduki jambatan, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk.

Namun, aksi Kose dan pasukannya tidak bertahan lama. Mereka berhasil dipukul mundur oleh pasukan Turki yang setia kepada Erdogan, setelah sebelumnya sempat terjadi pertempuran antara dua kubu tersebut di Ankara.

Sumber: sindonews.com

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 28 times, 1 visits today)

Leave a Reply