Inilah KISAH VIRAL Dr Syamirulah Dengan Seorang Pesakit ROHINGYA Di Hospital Yang Sangat MENGEJUTKAN ?!!

Inilah KISAH VIRAL Dr Syamirulah Dengan Seorang Pesakit ROHINGYA Di Hospital Yang Sangat MENGEJUTKAN ?!! | Saya pernah menyebut secara sepintas lalu, mengenai beberapa pesakit saya yang terdiri dari kaum Rohingya. Mereka ini rata-ratanya pelarian yang ditemui di sempadan Malaysia-Thailand dalam keadaan lemah, berpenyakit serta mempunyai tanda-tanda disiksa.

Beliau yang bernama Muhammad ini, salah seorang daripadanya. Beliau dirawat di hospital ini sudah lama, sejak bulan Januari lagi.

Secara ringkasnya Muhammad datang dalam keadaan sepsis, dengan peritonitis (jangkitan dalam perut). Beberapa kali kita bedah perutnya. Beliau juga dirawat untuk sepsis akibat jangkitan salmonella, iaitu berpunca dari makanan yang mentah atau tercemar. Ketika kami scope perutnya, kami menjumpai banyak hookworms (cacing kerawit). Berat badannya ketika masuk ke wad, hanyalah 28kilogram, tak berpadanan untuk seorang lelaki berusia 20 tahun sepertinya.

Suffice to say, keadaan tubuh badannya menjadi saksi kepada kami, betapa beliau hidup dalam keseksaan dan melalui kehidupan yang sangat mencabar.

Macam-macam kami buat untuk menyelamatkan nyawa Muhammad. Beberapa siri pembedahan, colostomy, chest tube, beberapa minggu menginap di ICU dan HDW, sehinggalah sejak sebulan lalu beliau semakin pulih dan dipindahkan ke wad biasa.

Di wad biasa, Muhammad menjalani latihan physioterapi bagi memulihkan otot-otot yang telah kecut akibat terlantar lama. Dari beliau tak boleh bangun sehingga develop sacral sore, sehinggalah beliau kini boleh berjalan tanpa menggunakan bantuan walking frame.

It’s truly wonderful, apabila dapat melihat sendiri perubahan pada diri pesakit yang kami rawat berbulan-bulan lamanya ini.

Kos perubatan yang kami habiskan untuknya, saya rasa, mencecah ratusan ribu ringgit.

Beberapa minggu lalu, ketika round, pakar memberi arahan kepada kami para HO,

“We have spent hundred thousands of ringgit to this patient. I dont want that when we discharge him, he will be sent back to Myanmar and be killed there, its a waste of our money. So I’m assigning you all this job, do whatever you can to make him legal in this country. In the meantime, I want to keep him here.”

Ternganga kami. Tak pernah-pernahnya kami diberi tugas sedemikian. Tapi itu cabaran buat kami. Kami contact sana sini, berurusan dengan kedutaan, menghubungi sendiri pihak imigresen, pihak UNHCR.

Proses yang cukup memakan masa. Dan ada juga yang datang dengan idea gila-gila;

“Hantar je dia pergi Bukit Gelugur, macam biasa musim PRK ni kan senang dia dapat IC free.”

“Apa kata kita carikan jodoh untuk dia, nanti dia kawen dgn perempuan tempatan, dia dapat la taraf warganegara/kerakyatan atau permanent resident.”

Namun kami tidak mengalah. Kami followup dengan pihak UNHCR, menghubungi sendiri pegawai di sana, mengatur interview untuk Muhammad, menghubungi keluarga Muhammad di Myanmar dsb.

Alhamdulillah, hasil usaha kami tidak sia-sia. Pada hari semalam, kami berjaya mendapatkan pengesahan status beliau sebagai pelarian (refugee) yang dilindungi dan diiktiraf oleh UNHCR.

Bila beliau akan di-discaj, wallahua’lam. Saya agak, bila-bila masa sahaja, setelah kami selesai menguruskan hal ehwal logistik untuk beliau. Menurut beliau, beliau ingin ke Kuala Lumpur kerana disitu ramai rakan-rakannya berada. Mungkin the last thing we can do to him, adalah tolong uruskan transport untuk beliau.

Harap-harapnya, tidak adalah yang cuba menghalau beliau balik ke negara asal, atau menganggap beliau seorang “penceroboh” pula.

Seronok, jadi doktor ini. Apabila kita dapat lihat sendiri perubahan pada pesakit kita, dari sejak awal dia masuk dalam keadaan sangat tidak stabil, tetapi kita berjuang bersama-sama sehinggalah dia kini sihat sejahtera.

Seronok menjadi doktor, apabila kita merawat tanpa mengira bangsa, agama, warganegara, warna kulit dsb. The fact that he is not even Malaysian, didnt stop us from doing our best to help him. Bagi saya secara peribadi, tentulah ada rasa tanggungjawab itu kerana beliau saudara seMuslim saya, berasal dari kawasan yang mana penduduk Muslim ditindas dan dizalimi.

Seronok menjadi doktor, apabila kita bukan setakat merawat sehingga sihat penyakit fizikalnya, tetapi kita berusaha go an extra mile for the sake of patient, memikirkan kesan jangka panjang, followup dan sebagainya.

Seronok menjadi doktor, apabila mendapat kepuasan merawat insan yang benar-benar memerlukan, walaupun dalam kalangan masyarakat yang ada segelintirnya memandang remeh akan profesyen ini, memperlekeh usaha2 yang kita berikan, tidak menghargai pengorbanan yang kita lakukan. Namun bila merawat insan yg really deserve it like him, menjadi peringatan kepada tujuan kami berada di jalan ini in the first place.

Seronok menjadi doktor, apabila kerjaya ini menjadi peluang untuk berbakti sesama manusia, mengutip pahala dan kebaikan yang dijanjikan Allah s.w.t bukan setakat pada apa yang kami lakukan, malah juga pahala yang berterusan hingga akhir hayat inshaAllah.

“…. barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (Surah al-Maidah)

Semoga Allah memberkati pesakit-pesakit kami, dan juga semua kami di jalan ini. InshaAllah. KREDIT FB DR SYAMIRULAH.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih