Inilah Kisah LELAKI TERMAKAN Makanan Dari “CHURCH” Yang Viral Ketika Ini ?!!

Inilah Kisah LELAKI TERMAKAN Makanan Dari “CHURCH” Yang Viral Ketika Ini ?!!

Gara-gara meminta penjelasan dari sebuah restoran barat yang bertapak di Malaysia, dua individu beragama islam bertelagah sesama diri. Difahamkan, pengguna Facebook, Mista Bob Faishah, meminta penjelasan dari Texas Chicken Malaysia (TCM) akan sos celup yang digunakannya di cawangan Malaysia yang menggunakan jenama ‘CHURCH’.

“Mohon penjelasan dari TCM mengenai jenama sos yang digunakan di cawangan Malaysia. Kebanyakkan pelanggan anda adalah beragama Islam dan orang Islam tidak makan makanan dari jenama ‘Church’,” katanya dalam nada kerisauan.

TCM bagaimanapun membalas pertanyaan lelaki itu seperti berikut:

“Terima kasih kerana bertanya. Untuk makluman, jenama Texas Chicken diasaskan di San Antonio, Texas, USA oleh pengasasnya bernama George W. Church Sr. ‘Church’ adalah nama keluarganya dan dijadikan sebagai jenama,”.

Tampil seorang individu pula meminta TCM menukar nama jenama Church itu kepada nama lain. Lelaki yang menggunakan gambar Allahyarham Nik Aziz itu, Halim Zainal, juga meminta pihak TCM menghormati pelanggan muslim atau perniagaan mereka tidak akan bertahan lama di Malaysia.

Namun, kenyataan Halim itu disanggah oleh Mohd Faiz yang memintanya usah terlalu mendesak perniagaan pihak lain mengikut kehendak agamanya.

“Jika anda tidak suka, jangan makan. Simple je. Anda bersuara seperti ISIS.” katanya.

“Ini soal menghormati agama orang lain, kalau anda tahu apa yang saya maksudkan. Kami sebagai muslim menghormati produk kafir dan memberi peluang perniagaan mereka bertapak di sini. Tetapi jangan pula mereka mengambil kesempatan ke atas kita. Apa yang anda tahu mengenai ISIS? Anda pula bersuara seperti Yahudi,” balas Halim.

Post itu bagaimanapun telah dibuang oleh pengendali laman TCM ekoran bimbang tercetusnya perbalahan sesama diri dua individu berkenaan. – THEHYPEMEDIA.COM

texas-fried-chicken

texas-fried-chicken

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih