INILAH Khasiat Pokok Kelor Yang MENAKJUBKAN !! ((MOHON SEBARKAN))

INILAH Khasiat Pokok Kelor Yang MENAKJUBKAN !! ((MOHON SEBARKAN))

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi cerita mengenai pokok kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera. Informasi ini diberi oleh kakak lynz_an, iaitu salah seorang pembaca Blog ini yang sudi berkongsi mengenai khasiat dan kegunaan pokok kelor. Kita ikuti kisahnya..

kelor

“Daun kelor merupakan makanan kegemaran kedua ibubapa, nenek dan kebanyakan orang-orang tua bagi masayarakat kami (Melayu Bugis). Cara masakannnya biasanya disediakan seperti memasak sup sayur tetapi tidak menggunakan rempah dan boleh dicampur dengan sayuran lain (seperti terung, kacang panjang, kacang hijau atau beberapa jenis kekacang, jagung, buah labu, buah kelor dan daun kemangi).

Ia sangat sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema dan bagi mereka yang ingin berdiet serta bagi menambah air susu ibu. Bagi masyarakat filipina (kebetulan saya mempunyai sahabat yang berketurunan bisaya & tagalog) mereka juga mempunyai hidangan yang hampir sama dan menurut mereka sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit dan peredaran darah. Ia juga sangat lazat dicampur dengan bubur nasi terutamanya bubur jagung atau ditumis (tetapi rasanya agak sedikit pelik).”

Menurutnya, kegunaan lain pokok kelor ini ialah:

Menguruskan Badan. Akar pokok kelor boleh direbus dan dikatakan dapat dijadikan herba bagi menguruskan badan. Menurut mereka ia sangat mujarab untuk menguruskan badan tetapi risikonya ialah jika mengambilnya dikatakan sukar untuk menambah berat badan semula. Sejauhmana kebenarannya saya kurang pasti.

Khasiat untuk mata. Caranya ialah menggunakan perahan daun kelor dan dititiskan ke mata. Biasanya ia diberikan kepada seorang kanak-kanak. Ia agak menakutkan sedikit kerana mata mungkin sedikit pedih tetapi ia dikatakan sangat baik untuk kesihatan mata.

Mencantikkan kulit. Caranya ialah menambahkan akar kayu kelor dalam pembuatan bedak muka (bedak sejuk) dan herba mandian. Ketika kecil saya pernah menggunakannya (campuran beras, kunyit hidup, akar kelor dll) untuk mandi dan ternyata ia dapat melicinkan kulit yang dapat dirasai sehingga 3 hari.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

Search Terms: