Inilah Kata-kata Tun M Yang Buat Ramai Mata Masuk Habuk !

Inilah Kata-kata Tun M Yang Buat Ramai Mata Masuk Habuk !

Shah Alam – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak tolak kemungkinan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana kelantangannya mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kalau saya didapati bersalah, saya akan dipenjarakan walaupun orang kata saya nyanyuk. Undang-undang tidak berpihak kepada sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai jangkaan turut ditahan seperti bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan atas dakwaan cuba mensabotaj negara.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beliau berkata, Sosma merupakan undang-undang baharu yang perlu dipatuhi.

“Jika saya bersalah, saya mungkin menghabiskan sisa hidup saya di dalam penjara,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu, Mahathir berkata, perhimpunan tersebut tidak hanya disertai kaum Cina sahaja malah turut disertai Melayu.

“Mereka (kaum Cina) tidak meminta apa-apa untuk diri mereka. Tetapi, mereka hanya meminta Najib supaya berundur dan meminta supaya ada mekanisme pilihan raya lebih baik,” katanya, lapor Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih