Inilah KATA-KATA Dr MAZA Yang Membuat Najib TERSENTAP 200%..

Inilah KATA-KATA Dr MAZA Yang Membuat Najib TERSENTAP 200%..

SHAH ALAM –  “Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka itu pasti rasuah,” kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di laman Facebooknya, hari ini.

Menurutnya, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak.

“Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu sama ada secara langsung atau secara tidak langsung,” katanya.

Beliau berkata, jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah.

“Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan.

“Namun pemberian itu bukan kerana kedudukan atau untuk penyalahgunaan kuasa, maka itu dianggap hadiah,” katanya lagi.

Dalam perkongsian yang sama, Mohd Asri juga menyertakan sebuah hadis yang bermaksud;

“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari) lapor Sinar Online.

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 188 times, 1 visits today)

Leave a Reply