Inilah 3 USUL Yang Dibawa Perwakilan UMNO Semporna Yang Bakal Buat PM Najib RESAH !!

Inilah 3 USUL Yang Dibawa Perwakilan UMNO Semporna Yang Bakal Buat PM Najib RESAH !!

Pemuda Umno Semporna meluluskan ketiga-tiga usul dibawa ke mesyuarat perwakilan itu petang ini, termasuk meminta Datuk Seri Najib Razak bercuti. Bercakap kepada Malaysiakini, ketuanya, Datuk Mohd Aziz Jamman berkata, pihak lain perlu memahami bahawa usul yang dikemukan bukan bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa, sebaliknya dibuat demi Umno yang bakal berdepan pilihan raya umum kira-kira dua tahun dari sekarang.

Katanya, tidak ada sebarang sangkaan buruk perlu dibuat dengan usul itu kerana ia bukan bertujuan menunjukkan Najib melakukan kesalahan.

“Kita cuma mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa siasatan dijalankan dengan telus dan apabila keputusan mengenainya dikeluarkan nanti, Umno boleh mendapatkan semula keyakinan ahli dan pengundi. Kami tak mahu perdana menteri menjadi bahan jenaka,” katanya.

Dalam persidangan tahunan pergerakan itu petang tadi, Pemuda Umno Semporna mengemukakan tiga usul, iaitu meminta Najib bercuti sepanjang tempoh siasatan mengenai 1MDB, menyiasat skandal 1MDB dan meminta pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan, diteruskan.

Usul meminta Najib bercuti sebelum ini pernah dikemukakan Pemuda Umno Labis.

Perlu sentiasa konsisten

Ketiga-tiga usul itu diluluskan sebulan suara petang tadi. Mohd Aziz berkata, Umno kini berdepan dengan keyakinan rakyat secara keseluruhan, termasuk ahli parti itu sendiri.

“Bayangkan ketika isu dana ke akaun persedirian perdana menteri dilaporkan, ada ahli kata: Bodohlah kalau perdana menteri buat begitu. Tiba-tiba SPRM (Suruhanjaya Pencehahan Rasuah Malaysia) sahkan ada dana berkenaan masuk. Bayangkan bagaimana reaksi ahli Umno melihat kenyataan berubah-ubah begitu,” katanya.

Mohd Aziz juga menegaskan gesaan bercuti itu bukan bermakna Pemuda Umno menganggap presiden mereka melakukan kesalahan.

“Jika Majlis Amanah Rakyat (MARA) boleh meminta pegawai kanannya bercuti untuk membolehkan siasatan dibuat, mengapa Umno tidak boleh berbuat perkara sama?“Kita perlu konsisten,” katanya.

Beliau berkata, gesaan bercuti itu tidak membabitkan permintaan Najib melepaskan jawatan perdana menteri.

“Biar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (timbalan perdana menteri) memangku tugas perdana menteri untuk sementara.

Lihat reaksi media sosial

“Apabila siasatan selesai dan Najib disahkan tidak bersalah, ambil semula jawatan itu dan Umno boleh meyakinkan rakyat bahawa kita benar-benar tidak bersalah,” katanya.

Mengenai isu pemilihan – yang turut diluluskan wanita dan puteri bahagian itu, Mohd Aziz berkata, Umno bakal berdepan pilihan raya umum ke-14 kira-kira dua tahun dari sekarang.

Memetik alasan keyakinan rakyat, beliau berkata, Umno perlu mengadakan pemilihan bagi membolehkan parti itu dipimpin oleh tokoh yang benar-benar disokong ahli.

“Ada pemimpin yang mendakwa beliau mendapat sokongan tiga juta ahli, tetapi mengapa kita lihat di media sosial sebagai contoh, ramai orang Umno mempertikaikannya.

<“Malah dalam keadaan tertentu ia menjadi bahan ketawa,” katanya.

Justeru, kata Mohd Aziz, dengan meneruskan pemilihan, Umno boleh diterajui pemimpin yang mendapat sokongan akar umbi. Umno bahagian Semporna akan bersidang esok dan dirasmikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia juga bakal menyaksikan – untuk kali pertama sejak rombakan kabinet – Muhyiddin duduk sepentas bersama Ketua Umno Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. KREDIT MALAYSIA KINI.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih