Ini Respon Jamil Khir Mengenai Dakwaan Salah Guna Duit Anak Yatim

Ini Respon Jamil Khir Mengenai Dakwaan Salah Guna Duit Anak Yatim

SHAH ALAM, 13 Nov – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) adalah satu fitnah yang besar.

Menurut Jamil Khir, tuduhan yang dilemparkan oleh National Oversight and Whistleblowers (Now) itu menyimpang dari fakta sebenar. Selain itu beliau juga turut berkata dia hanya mengikuti rombongan bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensia dibawah beliau.

Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya. Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan,” katanya memetik laporan dari Sinar Online.

Jamil juga berkata program yang disertai olehnya itu merupakan satu program yang dianjurkan oleh Yapeim dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia Chicago bersempena dengan Mid West Game yang mengumpulkan lebih 1,000 pelajar dari AS dan Kanada.

Justeru dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri. Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya,” kata Jamil.

Selain itu Jamil juga berkata dia akan menyaman Pengarah Now, Akmal Nasir jika tidak meminta maaf dalam masa 24 jam.

Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Akmal mendakwa Jamil menggunakan dana milik Yapeim bagi menanggung perjalanan lawatan Jamil ke AS bersama isterinya pada 2014.

Akmal berkata rombongan itu yang melibatkan perjalanan selama 9 hari menelan kos RM410,978.56.

Akmal turut melampirkan bersama invois yang dibilkan kepada Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin). Akmal mendakwa lawatan ke Washington. Menurut Akmal lawatan ke Washington DC, lowa dan Minnesota yang bertarikh pada 21 hingga 29 Mei 2014 membabitkan aktiviti golf dan kujungan ke pusat membeli belah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih