Ini Punca Kenapa Anda Perlu Makan Buah Oren Sebiji Sehari !!

Ini Punca Kenapa Anda Perlu Makan Buah Oren Sebiji Sehari !!

Kajian pakar pemakanan mendapati, hanya dengan memakan sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda akan berasa kenyang lebih lama.

Kenapa? Sebabnya, oren mengandungi serat yang dapat melambatkan proses pengosongan perut serta pencernaan khasiat makanan.

Ini kerana sebiji oren mengandungi serat makanan kira-kira 30 gram. Jumlah ini mencukupi keperluan harian tubuh anda. Jumlah yang disarankan pakar pemakanan ialah sekitar 25 gram sehari.

Sebiji oren bersaiz sederhana mengandungi sekitar 70 miligram vitamin C. Kita disarankan mengambil vitamin C sebanyak 30 hingga 100 miligram setiap hari.

Oren bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral semula jadi tetapi mengandungi karbohidrat yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, sukrosa serta membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Selain merupakan sumber vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit, buah oren juga mengandungi karbohidrat, postassium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori.

Oren selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Kandungan folat yang tinggi seperti dalam oren segar akan menurunkan kadar homocystein, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.

Apabila kadar homocystein menurun, risiko diserang penyakit kardiovaskular seperti jantung juga dapat diatasi selain memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser.

Oren merupakan salah satu buah yang memiliki agen perlindungan terhadap kanser yang tinggi.

Malah, ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

One Response