Ini KATA-KATA Tun M Yang Membuat DS Tajuddin TERKEDU !!

Ini KATA-KATA Tun M Yang Membuat DS Tajuddin TERKEDU !!

Kuala Lumpur – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berani membuat kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina kerana beliau mempunyai jawatan dalam kerajaan.

Bagaimanapun Tun Dr Mahathir Mohamad percaya Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidaklah seberani seperti yang dililhat.

“Dia nak lempang (Cina)? Suruh dia lempanglah. Cakap bolehlah.

“Apabila ada kerajaan di belakang, memanglah berani tapi bila keluar tak berani,” kata Dr Mahathir dengan nada sinis.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika diminta media untuk mengulas kenyataan Tajudin mengenai masyarakat Cina beberapa hari lalu.

Ia dibuat ekoran lawatan Duta China ke Malaysia, Huang Huikang melawat Jalan Petaling sehari sebelum kumpulan pendesak Melayu merancang mengadakan demonstrasi di kawasan pusat komersial terkenal itu.

Tajudin kemudian menafikan membuat kenyataan begitu, lapor Malaysiakini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih