Ini Kata-Kata TMJ ‘Sound’ Tepat FAM Yang Ramai Tanda SETUJU !!

Ini Kata-Kata TMJ ‘Sound’ Tepat FAM Yang Ramai Tanda SETUJU !!

“KALAU kepala tak betul, ekor pun tak betul!,” demikian respon awal Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim mengenai prestasi buruk pemain Malaysia terhadap perlawanan menentang UAE semalam.‎

Menulis dilaman rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Ismail berkata segalanya sudah terlambat untuk Malaysia mengubah kedudukan kerana UAE sudah mendahului 7-0 pada separuh masa pertama.

“7-0 untuk separuh masa pertama. Ianya satu peluang pemilihan untuk mengubah kedudukan bola sepak Malaysia.

“Tetapi ianya sudah terlambat,” tulisnya.

Terdahulu perlawanan lewat malam tadi menyaksikan Malaysia nyata bukan tandingan pasukan‎ ranking ke-70 dunia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas mengalami kekalahan‎ besar 10-0 pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Luahan Hati Dollah Salleh “Saya Tak Tahu Apa Terjadi”]

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia yang berada pada ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri tanpa jaringan menentang Timor Leste pada dua aksi terdahulu.

UAE nyata mendominasi perlawanan pada babak pertama menerusi ledakan tujuh gol.Kedudukan 7-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

‎Sementara itu, Malaysia dijadualkan menentang Arab Saudi pada aksi keempat kumpulan A di Stadium Shah Alam pada 8 September ini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih