Ini Kata-Kata TMJ Buat Syed Saddiq Buka Mata..

Ini Kata-Kata TMJ Buat Syed Saddiq Buka Mata.. – SHAH ALAM – Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sering memberikan nasihat berguna buat dirinya dalam menempuhi arena politik tanah air.

TMJ beri nasihat kepada Syed Saddiq

Ini Kata-Kata TMJ Buat Syed Saddiq Buka Mata..

“Tunku menasihatkan saya supaya tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, saya perlu sentiasa peka siapa kawan dan lawan. Perkara terakhir yang saya mahukan ialah dipergunakan untuk tujuan yang salah.

“Bagaimanapun, nasihat ini sebenarnya tertuju kepada semua, tidak kira parti, wakil-wakil pemimpin dan juga semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambah Syed Saddiq lagi, beliau sama sekali berbangga kerana Johor memiliki pemimpin seperti TMJ.

“Tunku sering menekankan tentang keperluan untuk ‘membersihkan sistem’ secara keseluruhannya serta tiada yang berkecuali, ini menunjukkan bahawa rasuah sama sekali tidak diterima di Johor.

“Rakyat Malaysia sememangnya memerlukan pemimpin yang lantang bersuara untuk menegakkan kebenaran.

“Tunku juga maklum perkara ini juga memerlukan keberanian, kejujuran dan bukan hipokrasi,” katanya lagi. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih