Ini KATA-KATA Sultan Johor ‘Sound’ Pemimpin Kerajaan !!

Ini KATA-KATA Sultan Johor ‘Sound’ Pemimpin Kerajaan !!

SHAH ALAM – Ingatlah pepatah Melayu yang sering menyebut ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’ titah Sultan Johor, hari ini.

Menurut sebuah perkongsian di laman web Facebook Johor Southern Tigers, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menasihatkan supaya ahli-ahli politik, antaranya Adun Kempas supaya jangan mencampuri urusan Istana Johor atau cuba membuat kenyataan yang mengaitkan pihak Istana.

“Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila, dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak ‘whack’ anakanda saya.

“Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati?” titah baginda.

“Saya akan terus memastikan nasib rakyat saya sentiasa terbela. Kerajaan mestilah bersikap telus dan berterus-terang kepada rakyat kerana dalam dunia moden hari ini, tidak ada apa yang boleh disembunyikan.

“Peribahasa Cina ada menyebut ‘Guni tidak dapat sorok tukul, kertas tidak dapat balut api,” akhiri baginda. lapor Sinar Harian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih