Ini Kata-Kata ‘Sopan’ Kapten JDT Yang Membuat Haters JDT Menyirap

Ini Kata-Kata ‘Sopan’ Kapten JDT Yang Membuat Haters JDT Menyirap – DISEBALIK kejayaan Johor Darul Ta;zim (JDT) menjulang Piala Malaysia malam semalam, timbul kontroversi melibatkan kaptennya, Safiq Rahim apabila beliau dipercayai mengeluarkan kata-kata kesar kepada ‘haters’.

Menerusi sebuah video yang sedang tular di media sosial tersebut, gelagat pemain pertahanan JDT itu ketika menyambut kemenangan pasukannya menjuarai Piala Malaysia dianggap keterlaluan bagi sesetengah peminat sukan bola sepak tempatan.

Ini Kata-Kata ‘Sopan’ Kapten JDT Yang Membuat Haters JDT Menyirap

Ini kerana Safiq melontarkan kata-kata “all the haters are punde*” Gua champion s**l! B***, anak h****m!” yang ditujukan kepada ‘pembenci-pembenci’ JDT ketika beliau bersama pemain-pemain lain berpesta di tepi padang.

Mungkin kerana terlalu teruja, gembira dan bercampur geram, namun kata-kata tersebut tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemain profesional.

Sementara itu, menerusi Facebook Johor Southern Tigers, Safiq tidak memberi sebarang reaksi berhubung rakaman yang viral itu sebaliknya hanya mengulas mengenai kemenangan skuad Harimau Selatan yang menjulang Piala Malaysia.

Menurutnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua keluarga JDT termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan berkata pasukan itu telah mengharungi pelbagai kenangan pahit dan manis bersama.

“Yang paling penting adalah walau apa sekali pun orang katakan, kita tetap bersatu sebagai sebuah keluarga,” katanya.

Menurut Safiq beliau tidak mahu kejayaan itu berhenti setakat ini sahaja dan berharap musim akan datang pemain JDT akan berjaya mencipta lebih banyak sejarah untuk pasukan itu.

“Saya telah menjulang semua piala di Malaysia namun saya sentiasa dahagakan kejayaan.

“Saya perlukan lagi kejayaan demi kejayaan untuk kelab dan juga pencapaian secara individu. Saya tidak boleh berhenti setakat ini dan saya perlu tingkatkan lagi prestasi perlawanan saya pada masa akan datang,” katanya.

JDT menewaskan juara bertahan, Kedah dengan 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam sekali gus mengakhiri kemarau panjang selama 26 tahun. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih