Ini KATA-KATA Luahan Ahmad Maslan Buat Ramai Yang Menitis AIR MATA…

Ini KATA-KATA Luahan Ahmad Maslan Buat Ramai Yang Menitis AIR MATA…

Beberapa pemimpin UMNO telah membuat penafian dalam media sosial tentang kenyataan mereka yang telah diubahsuai, ditokok tambah, direka-reka, difitnah dan di”spin”.

Malangnya kenyataan berkaitan telah di”viral”kan oleh pelbagai pihak. Ramai mereka ini sudah terlupa agaknya tentang maksud surah Al Baqarah ayat 127 bahawa memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.

Antara sumber pihak yang suka “spin” kenyataan pimpinan UMNO itu sama ada daripada ucapan yang sebenarnya membawa maksud lain, tajuk media cetak yang sensasi atau ketika ditemuramah yang secara tanpa disedari oleh pimpinan itu bertujuan untuk di”spin” semula apa yang dikatakan.

Tujuan mereka “spin” kenyataan, membuat poster fitnah, mengadakan yang tiada dan meniadakan yang ada itu adalah untuk menimbulkan kebencian, membunuh karektor untuk menghilangkan wibawa dan kepercayaan kepada pemimpin dan parti UMNO.

Sebagai contoh saya pernah sebut bahawa ikan segar tidak kena GST, ikan sardin ada GST dan lebih elok makan ikan segar. Mereka “spin” yang konon saya kata jadikan ikan segar kepada ikan sardin untuk elak GST. Kan lain apa yang saya sebut dan apa yang disebar.

Selama dua jam 45 minit pernah saya menerangkan GST mengguna kaedah multimedia di UiTM Shah Alam dan menjawab puluhan soalan. Namun yang di”spin” ialah saya minta pelajar masak sendiri untuk elak GST. Anak sulung saya pernah belajar di UiTM Shah Alam dan tentu saya tahu pelajar tidak boleh masak dalam hostel. Untuk yang duduk di luar, sesekali masak sendiri apa salahnya.

Ada ratusan barang yang dulu SST 10% diambil Kastam di kilang-kilang kini turun cukainya kepada GST 6%. Kereta turun harga pada 1/4/15 kerana dulu SST 10% kini GST 6%. Senarai barang SST 10% sudah lama dulu saya sebarkan dalam twitter @ahmadmaslan.

Sepatutnya barang yang SST 10% seperti pakaian luar dan dalam, perabut rumah dan pejabat, barangan elektrik, tekstil, alat-alat pencuci, kayu, tiles, zink, cat, tayar, tikar, permaidani, pinggan mangkuk, pelbagai “soft drink”, pampers, tuala wanita, beg, kasut, telefon tangan / “smart phones” dan beratus barang lagi mesti turun harga bila GST dilaksanakan.

Bila barang-barang itu tidak turun harga malahan sengaja dinaikkan oleh peniaga yang tidak beretika dan yang mengambil kesempatan untuk menimbulkan kemarahan rakyat, maka saya dijadikan mangsa oleh tukang “spin” di luar sana. Saya kata ABC mereka lapor XYZ. Boleh katakan semua sebaran seperti poster tentang saya yang rekaan mereka itu adalah fitnah dan berniat jahat.

Bila minyak naik sepuluh sen maka mereka “spin” konon saya sebut KFC masih penuh, mana rakyat ada terbeban. Terbukti saya tidak pernah sebut kenyataan itu. Mereka sanggup membuat akaun FB palsu seolah-olah saya yang menyebutnya.

Harapan kita ialah jangan mudah percaya kepada poster, tulisan, gambar, kenyataan yang berbunyi pelik, sensasi dan meragukan yang kononnya datang daripada pimpinan UMNO. Semak dulu, bertanya dan jangan mudah percaya serta jangan mudah menyebarkan segala-gala yang diperolehi melalui media sosial.

Kepada mereka yang sengaja “spin” ABC jadi XYZ itu, ingatlah bahawa saudara saudari tidak akan berjaya dlm usaha-usaha jahat kerana kebenaran akhirnya akan mengatasi kebatilan, kejujuran akan mengatasi kejahatan dan kesabaran akan mengatasi kedurjanaan. – Ahmad maslan.my

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!