Ini KATA-KATA DS Nazri Yang Pasti MENYENTAP Hati Tun M

Ini KATA-KATA DS Nazri Yang Pasti MENYENTAP Hati Tun M

Kuala Lumpur – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat, kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan Bersih 4 tidak memberi sebarang ancaman kepada negara.

Nazri yang juga anggota majlis tertinggi Umno berkata beliau melihat Mahathir sudah berubah sikap kerana bekas perdana menteri itu sebelum ini menolak demonstrasi.

Dengan sinis, Nazri bagaimanapun berkata beliau percaya bahawa “orang tua” seperti bekas perdana menteri itu tidak akan mencetuskan masalah dalam perhimpunan seperti itu.

“Diapun sudah berubah sikap. Dulu (Mahathir) kata demonstrasi bukan budaya kita, tapi bila sudah tua, 90 tahun baru sedar ini merupakan budaya baru dan dia pun hendak sertai sekali.

“OK lah macam itu. Saya tidak fikir orang tua macam itu akan rosakkan harta benda atau baling bom.

“Makin ramai orang tua macam itu lagi bagus,” kata Nazri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Festival Kraft Antarabangsa Kuala Lumpur 2015, lapor Malaysiakini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih