Ini KATA-KATA Bekas KPN Mengenai PM Najib Tentang Kes Altantuya..

Ini KATA-KATA Bekas KPN Mengenai PM Najib Tentang Kes Altantuya..

Kuala Lumpur – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengulangi kenyataan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah disiasat kerana tiada kaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata, hanya tiga individu yang disiasat kerana dipercayai terlibat dalam pembunuhan bekas model Mongolia itu – dua bekas Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadir serta penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

“Ketika saya menjadi Ketua Polis Negara, siasatan polis menunjukkan hanya Sirul, Razak Baginda, dan Azila yang mempunyai hubungan dalam kes pembunuhan itu.

“Dalam siasatan polis memang langsung tiada menunjukkan Najib terlibat dalam pembunuhan itu,” katanya yang mendedahkan perkara itu kepada pemberita di Restoran Savaro, Solaris Dutamas.

Musa berkata, dokumentari pembunuhan Altantuya yang disiarkan Al-Jazeera pada 31 Ogos lalu tidak benar dan berniat untuk mengelirukan rakyat.

Katanya, tindakan Al-Jazeera itu adalah fitnah yang bertujuan mempertikaikan kredibiliti Najib.

“Kalau anda buat sessuatu tomahan tetapi tidak memberikan fakta-fakta yang sahih, macam mana individu itu terlibat, itu adalah satu niat untuk jatuhkan kredibiliti seseorang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Musa menyarankan agar sesiapa yang mempunyai bahan bukti baru mengenai pembunuhan Altantuya supaya membuat laporan kepada polis.

Katanya, kes pembunuhan itu boleh dibuka semula jika ada bukti dan petunjuk baharu dan polis akan memberi jaminan keselamatan kepada pemberi maklumat itu, lapor FMT.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih