“Ini Jalan Terakhir (Merayu), Bantulah Kami Bertiga Pulang ke Malaysia’ – Irnani

"Ini Jalan Terakhir (Merayu), Bantulah Kami Bertiga Pulang ke Malaysia' - Irnani

“Ini Jalan Terakhir (Merayu), Bantulah Kami Bertiga Pulang ke Malaysia’ – Irnani | JEDDAH, ARAB SAUDI – Video seorang wanita rakyat Malaysia yang bekerja di Jeddah, merayu bantuan orang ramai untuk membawa dia dan dua orang anaknya pulang ke Malaysia, viral di media sosial

Irnani Osman yang bekerja sebagai jururawat difahamkan telah diceraikan oleh suaminya tanpa diberi nafkah dan hidup bersendirian ingin pulang ke tanahair namun terhalang disebabkan keengganan suami memberi kerjasama.

Irnani telah memohon bantuan dari pihak konsulat dan kedutaan Malaysia serta pihak berkuasa di Jeddah, namun usaha itu gagal.

“Ini Jalan Terakhir (Merayu), Bantulah Kami Bertiga Pulang ke Malaysia’ – Irnani

Justeru, si ibu memohon agar sahabat-sahabat media, agensi kerajaan, NGO dapat tampil membantunya.

 

Berikut dialog luahan Puan Irnani dalam video berkenaan:

“Saya Irnani binti Osman, bekerja di Jeddah, sudah berumah tangga selama enam tahun bersama suami saya, Azmi Junaidi. Baru-baru ini saya diceraikan pada bulan Disember tahun lalu.

“Kini saya ingin pulang ke Malaysia dengan anak-anak saya. Masalahnya saya tidak dapat pulang disebabkan suami saya enggan memberi kebenaran untuk membawa anak-anak pulang, disebabkan permasalah visa dan dokumen anak-anak berada di tangan suami saya.

“Ini Jalan Terakhir (Merayu), Bantulah Kami Bertiga Pulang ke Malaysia’ – Irnani

“Kami tidak ada tempat untuk tinggal. Cuma menumpang di rumah kawan-kawan selama sebulan ini. Saya cuba mendapatkan bantuan dari konsulat Malaysia di Jeddah, namun mereka tidak dapat membantu.

 

 

“Saya minta dan berharap sangat-sangat kepada sesiapa yang dapat membantu kami untuk bawa kami pulang ke Malaysia dengan secepat mungkin. kami tiada sesiapa di sini.

“Saya sekarang juga tengah mengandung anak nombor ketiga dan kandungan baru berusia 4 bulan. Saya berharap sangat dapat bantuan dari sesiapa yang dapat membawa kami bertiga pulang,” katanya. “Ini Jalan Terakhir (Merayu), Bantulah Kami Bertiga Pulang ke Malaysia’ – Irnani

Apa pun kisah di sebaliknya, hanya Puan Irnani dan bekas suaminya sahaja yang tahu. Semoga ada pihak yang tampil membantu Puan Irnani dan dua orang anak kecilnya. – The Reporter

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih