Ini Hukum Mencelup Uban Dengan Inai Hitam

Ini Hukum Mencelup Uban Dengan Inai Hitam

Soalan:

Salam. Ustaz, apakah hukum inaikan rambut dgn inai hitam yang halal. Ini kerana rambut saya telah beruban sejak umur 12 tahun lagi. Umur saya sekarang ialah 35 tahun. Bolehkah hitamkan rambut dengan inai hitam. Terima kasih ustaz.

uban lelaki

Jawapan:

Bismillah. Digalakkan mewarnakan uban, namun jangan dengan pewarna yang berwarna hitam. Sabda Nabi SAW: Nabi pernah berkata kepada Abi Qahafah (bapa Saidina Abu Bakar) yang datang kepada Nabi dengan rambut dan janggut yang telah memutih (kerana uban):

“Ubahlah warna rambut dan janggut kamu itu dengan sesuatu, akan tetapi jauhilah warna hitam” (HR Imam Muslim dari Jabir r.a.)

Berkata Imam an-Nawawi; “Menurut mazhab Syafi’ie digalakkan mencelup uban dengan warna kuning dan merah sama ada bagi lelaki atau perempuan dan haram mencelupnya dengan warna hitam mengikut pandangan yang paling benar” (Syarah Soheh Muslim, juz. 14). Menurut ulamak, harus mencelup dengan warna hampir hitam asalkan bukan benar-benar hitam (aunul ma’bud).

Wallahu a’lam.

Sumber: ilmudanulamak.blogspot.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih