Ini AMARAN TPM Buat Penganjuran Perhimpunan Bersih 4.0 Diam TERPAKU !!

Ini AMARAN TPM Buat Penganjuran Perhimpunan Bersih 4.0 Diam TERPAKU !!

IPOH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap dalang di sebalik penganjuran perhimpunan Bersih 4.0.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan para pemimpin terbabit bahawa pihak berkuasa sedang memantau tindak-tanduk mereka.

“Kita juga mengikuti setiap patah ucapan mereka. Kita tahu apa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pihak mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Ipoh Timur di Bangunan Umno Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan yang boleh dikenakan terhadap pihak terbabit.

Ahmad Zahid berkata antara tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap mereka ialah di bawah Akta Perhimpunan Aman, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Polis. lapor Sinar Online.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!