Imam Masjid Ini Kumpul Dana Untuk Memperbaiki Gereja Yang Rosak

Imam Masjid Ini Kumpul Dana Untuk Memperbaiki Gereja Yang Rosak

Kisah toleransi umat beragama datang dari Kanada. Setelah tahu satu daripada jemaah Masjid Sayeda Khadija Centre, Mississauga, Kanada, merosakkan bangunan Gereja Katolik Roma St. Catherine Siena, Imam Hamid Slimi tergerak hatinya untuk mengumpul dana pembaikan gereja itu.

Sebelum ini, Imam Slimi sempat mendatangi gereja tersebut dan terkejut apabila melihat seberapa buruk kerosakan yang telah diperbuat oleh salah satu jemaah.
“Orang yang melakukannya merobek laman-laman Alkitab yang ada, merosakkan altar, dan melempar salib gereja. Menurut saya ini merupakan sebuah ketidakadilan, “ujarnya kepada The Star.
gereja-katolik-roma-st-catherine-siena-nih2_20150701_181258 Lelaki itu kemudian bertemu dengan Pastur Camillo Lando dan menanyakan apa yang kira-kira komunitinya boleh bantu, yang dijawab oleh sang paderi bahawa jemaah memerlukan dana untuk pembaikan gereja.

Imam Slimi langsung mengerahkan anggota pengurus masjid yang dibinanya itu untuk mengumpul dana yang diadakan pada Mei 2015 lalu.

Yang lebih mengejutkan lagu ketika ia mengumumkan soal kerosakan dan rancangan pengumpulan dana itu kepada jemaah ketika ibadah salat Jumat, hari itu juga dana langsung terkumpul hingga sekitar 5000USD!

Penyerahan dana tersebut dilakukan pada misa Minggu 25 Jun 2015 lalu, oleh sang imam kepada Pastur Lando.

“Saya akan memberitakan kabar ini kepada segenap jemaah bahawa tindakan mereka ini sungguh murah hati dan menyentuh,” ucap Pastur Lando kepada Toronto Star.

Menurut Imam Slimi, hal itu dilakukannnya sebab menolong orang lain merupakan bagian dari ibadah.

“Saya hanya ingin jemaah gereja itu tahu bahawa komuniti kami merasakan penderitaan mereka. Saya juga tidak suka diskriminasi. Jika ingin beramal, berilah kepada mereka yang memerlukan, “katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih